oh ibu, kau disiram bayu pagi,
kehilangan terasa kini dan kesepian,
dan aku bagai purnama gerhana,
diibarat lautan kering tiada tempat kulayarkan,
hasrat terkini,
masih belum sempat kubuktikannya padamu,
ibu tersayang,kucurahkan rasa hati,
kutatapi potrek mu berulang kali,
ku renungkan kalimah yang diberi,
tuhan yg esa ampuni dosa ibu,
tempatkan mereka diantara kekasih kekasih,
oh ibu kau kasih sejati, ku taburkan doa untukmu ibu,
ampunilah dosaku, sejak dilahirkan hingga akhir hayatmu ibu,
disaat ini ku teruskan hidup tanpa bersamamu ibu,
lagu ini ditujukan kepada ibu tersayang serta ibu-ibu didunia ini.
Berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi peluang masih ada, kerana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Dan ketahuilah sahabat2 ku sekalin hanya dengan redha allah sahaja dapat menjamin jannahtul buat kita, jika kita mengiginkan syuarga denga amalan kita yang tidak seberapa begitu sukar.
Kisah seorang abid (betul ke eja ni, org yg kuat ibadatnya).
Seorang abid yg kuat ibadatnya selama beberapa ratus tahun (kalau xsilap 500 tahun), telah menghadap tuhannya,
lalu ditanya kepada abid tersebut atas alasan apakah kamu dimasukkan kedalam syurga?
jawap abid tersebut, diatas amalan ibadatku selama beberapa ratus tahun ini, aku beribadat siang dan malam semata2 keranamu, jadi aku sememangnya layak untuk memiliki syurgamu ini.
Lalu allah menarik nikmat penglihatan abid tersebut, maka kualiti dan mutu ibadat abid tersebut berkurangan kerana kekurangan diri (nikmat mata telah tiada). Lalu dihadapkan kembali abid tersebut kepada tuhannya. jawapan masih sama seperti tadi apabila ditanya kerana apakah kamu beroleh syurga allah.
seterusnya allah tarik lagi nikmatnya ( aku x ingat nikmat ape, rasa kaki kot).
Akhirnya, abid tersebut akui "aku dimasukkan kedalam syurga atas nikmat yg telah allah berikan kepadanku, bukan atas amalan aku selama ini".
Jadi cuba renung2kan lah, atas alasan apa nanti kita mahukan syurga allah???
Seorang abid yg cukup kuat ibadatnya (rasanya ibadat kita 1% pun tidak sampai seperti ibadat abid tersebut) pun masuk syurga dengan nikmat allah.
Bagaimana kita mahu menggunakan nikmat allah untuk mendapat syurganya??
soalan ini sering bermain difikiranku..aku juga masih mencari jawapannya..yang aku pasti hanya dengan redha allah kita dijamin syurga (aku mengharapkan teguran andai apa yang aku fikirkan ini salah)..
http://saifulislam.com/?p=8032#more-8032
Saat wajah emak tersembam ke ribaan saya dalam tangisan, saya tahu dunia tidak akan lagi seperti semalam.
“Rizal, abah kamu dah tak ada!” tangisan emak pecah dalam kata-kata itu.
Malam itu abah pergi selama-lamanya. Pergi meninggalkan kami dalam kejutan dan kebingungan. Emak jauh daripada bersedia untuk menjadi ibu tunggal kepada lima anak lelakinya yang menjadi yatim tanpa diduga. Rumah kami menjadi kapal. Hanyut di lautan tanpa tepi ketika nakhoda hilang secara tiba-tiba.
Malam itu juga saya memapah semangat turun ke dapur untuk berwudhu’. Wajah saya basah dengan air mata. Hati bagai mahu meledakkan perasaan sedih, kecewa dan putus asa. Tetapi agama mengajar saya memaut harapan kepada yang Maha Esa. Saya membentang sejadah dan solat saya tenggelam dalam tangisan.
Emak membesarkan kami sendirian.
Selama ini, emak menguruskan makan minum kami. Abah menjaga urusan-urusan kehidupan yang lain. Betapa abah bersungguh menjaga persekolahan dan makan minum kami, hingga abah tidak pernah membeli baju sehinggalah emak sendiri yang membeli kerana tidak betah melihat suaminya lusuh berpakaian yang sama setiap masa. Tetapi ketika abah tiada, emaklah ibu emaklah bapa. Kami lima beradik diberinya makan dan minum, dijaga biar pun ada kalanya dengan leteran dan kemarahan, agar kami menjadi manusia.
Emak kahwinkan kami, menyambut menantu yang tidak berbapa mertua. Kenduri kahwin sentiasa pincang terasa, tetapi emak bertahan dan terus menempuh hari demi hari sendirian. Biar pun emak bukanlah seorang yang ekspresif dalam meluahkan isi hatinya, emak mencari kekuatan dalam Tahajjudnya. Amalan yang tidak pernah emak tinggalkan semenjak saya mahu mengingat semalam.
Saya berhutang budi kepada abang-abang saya.
11 tahun di perantauan, tidak banyak yang dapat saya lakukan pada melunaskan tugas sebagai seorang anak selain doa yang tidak pernah berhenti pada setiap hari hidup bernadi. Tetapi abang-abang sayalah yang meneman, menjaga dan melindungi emak dengan sepenuh upaya. Malah selepas kembali ke negara halaman, saya masih bertarung mencari peluang untuk berbakti kepada emak, dan segalanya masih terlalu jauh daripada kesempurnaan.
Setiap hari adalah hari ibu buat saya.
Duhai isteri dan anak-anakku, kasihilah seorang wanita tua yang semakin tua itu. Sesungguhnya diriku tiada di sisi kalian tanpanya.
Duhai setiap insan yang mengenaliku, pada semua kebaikan dalam persahabatan kita, doakanlah untuknya kerana dialah asbab diriku menjadi temanmu.
Segalanya bermula daripada seorang…. IBU.
DUHAI BONDA
(Nowseeheart)
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Tuesday, May 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment