Just draft idea..will be edit later
Segala sesuatu dimulai dengan niat (maksud hadith)
Apa niat aku tulis posting ni???
aku harapkan ini sebagai peringatan buat diriku yang sentiasa alpha dan lalai
Dunia itu ibarat bayang2, makin dikejar makin jauh, sebaliknya akhirat itu ibarat matahari, makin dikejar makin dekat, dan tanpa disedari bayang2 akan mengikut kita..
Jika kita lihat dunia sekarang manusia berlumba2 mencari harta kekayaan, kuasa, pangkat serta nama. Sanggup melakukan apa sahaja, mengikut kedudukan seseorang, jika pemimpinnya dengan rahsuahnya, seleweng kuasanya, dan sebagainya. Ada yang kerja kuat siang malam, bagi memberi kemewahan kepada keluarga, ada yang menggunakan kepintarannya untuk mendapatkan kemewahan dengan jalan pintas.
Berbalik kepada matahari tadi, allah telah berjanji sesiapa yang menolong agama allah maka allah akan menolongnya, dan barangsiapa yang bertakwa maka akan dibukakan baginya jalan keluar dari kesempitan, diberikan rezeki dari sumber2 yg tidak disangka2 serta barang siapa yang bertawakal maka akan dicukupkan baginya keperluannya.
Jika dikejar akhirat, dalam masa yang sama tanpa kita sedari dunia juga kita akan perolehi, tetapi ingat, sesipa yang berusaha pasti berjaya, jika kita hanya mengambil urusan akhirat tanpa kita mengerjakan urusan dunia maka kita telah salah mentafsirkan erti ayat tersebut (dunia ibarat bayang2 akhirat ibarat matahari)..
Disini kita perlu berbalik kepada konsep keserdehanaan, dunia kita ambil akhirat matlamat kita. Ertinya matlamat kita mencapai kebahagian akhirat dan dalam masa yang sama urusan dunia tidak ditinggalkan, ini kerana apabila niat kita kerana allah segala perbuatan kita adalah ibadat, begitu jugalah urusan dunia yang dikerjakan atas dasar kerana allah maka itu adalah ibadat.
Allah memerintahkan kita melata dimuka buminya serta carilah rezeki yang halal sebaigaimana kamu akan hidup 1000 tahun lagi, tapi tidak lupa juga kerjakan amal ibadah, sepertimana kamu akan mati keesokakannya..
Sebenarnya aku sangat takut untuk menulis semua ini, kerana allah sangat murka akan hambanya yang berkata tetapi dia sendiri tidak laksanakannya. Mungkin hari ini aku laksanakan apa yang aku katakan tetapi bagaimana hari esok? Siapa yang pasti berada bahawa hari esok lebih baik dari hari ini, kalau ini dapat dicapai alhamdullilah, tapi bagaimana jika sebaliknya. Ya allah kau peliharalah diriku agar kekal dalam jalan menuju ketakwaan kepadamu. Engkau berikanlah aku petunjuk agar aku tidak terpesong dari jalan mencari redho mu ya allah, hanya dengan redho mu sahaja aku dapat mengecapi nikmat jannahtul firdausi..
Dibuka kepada teguran andia isi serta huraian menyimpang dari ajaran islam yang sebenar serta menimbulkan salah faham kepada yang kurang jelas konsep islam yang dikatakan syumul itu.. hamba yang doif lagi jahil ini minta ditunjuk ajar
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment