Saturday, May 15, 2010

Kelebihan taubat

Antara kelebihan beristighfar dan bertaubat yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya at-Taubat Ilallah adalah:

* Disayangi Allah
* Didoakan oleh para Malaikat
* Diampunkan oleh Allah
* Diberikan pelepasan daripada segala masalah
* Dimurahkan rezekinya
* Ditinggikan kedudukannya di sisi Allah
* Bertaubat adalah ciri orang beriman

(dipetik daripada buku 101 Doa karangan Ust Zahazan Mohamed)

Jadi jangan berlengah lagi untuk bertaubat. Segeralah mencari keredhaanNya selagi nyawa di kandung badan.


Semua orang menpunyai sejarah silam, tidak kiralah baik atau buruk, itu semua telah menjadi sejarah, apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah perbaiki diri agar lebih gemilang dari sejarah silam, kerana tidak guna berbangga dengan pencapaian silam dan tidak guna bersedih dengan sejarah silam andai hari ini dan esok tidak ada perubahan.. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam agar esok lebih baik dari hari ini. Taubat adalah salah satu cara agar kita dapat mencapai konsep tersebut kerana orang yang bertaubat sangat mulia disisi allah..


pesanan buat diri sendiri.. kerana ilmu itu ibarat binatang buas andai tidak ditambat dengan tulisan maka hilang lah ia.. a short pensel is better than a long memory.

No comments:

Post a Comment