Dari sahal bin sa'ad telah bersabda rasullulah S.A.W yg bermaksud:
" bermula sesuatu yg baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi orang yg Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak (penghalang) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi seseorang yg menjadi kunci kepada kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan.
Hadith di atas mengungkapkan suatu tamsil ibarat untuk mengambarkan betapa sebarang permasalahan ada kunci penyelesaian, tetapi seseorang harus pastikan bahawa dia hanya akan menjadi anak kunci kepada setiap kerja kebajikan dan menutup rapat pintu kejahatan dengan menjadikan dirinya sebagai penghalang kejahatan..
Haha.. tak pandai nak hurai lagi mendalam, cuma apa yang aku tahu bagaimana untuk menjadikan diri sebagai anak kunci kepada khazanah itu hanya dengan ilmu sahaja, masakan orang yang jahil dapat menasihat orang lain. Semuanya berbalik kepada sabda nabi "Jika kamu mahukan dunia kamu perlu ilmu, jika kamu mahukan akhirat kamu perlukan ilmu, jika kamu mahu kedua2nya kamu juga perlukan ilmu".
Juga perlu di ingat sumber ilmu itu banyak jalan n caranya, pengalaman, pembelajaran, pertanyaan dan yang paling beruntung sekali adalah orang yang dianugerahkan hikmah dan kebijsanaan.
Tambahan
Tiga golongan yang tidak masuk syurga
1. golongan penipu
2. golongan bakhil
3. golongan yg suka mengungkit2 pemberian..
Sekadar peringatan buat diri sendiri dan yang terbaca artikel ini..
wallahualam
Wednesday, May 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment