Thursday, April 22, 2010

Perjalanan roh ku

Ku merintih aku menangis ku meratap aku mengharap ku meminta
Dihidupkan semula agar dapat kembali kedunia nyata
Perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara singgah dirahim bonda
Sebelum menjejak kedunia menanti dibarzakh sebelum berangkat ke masyar
Diperhitung amalan penentu syuarga atau sebaliknya, tanah yg basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu tujuh langkah pn baru berlalu, seusai talkin
Bernada syahdu tenang dan damai dipusaraku, nisan batu menjadi tugu, namun tak siapa
Pun tahu resah penantianku, terbangkitnya aku dari sebuah kematian, seakan kudengari,
Tangis mereka yang ku tinggal kan, kehidupan disisni bukan suatu khayalan, tetapi ia sebenar
Kejadian. Kembali roh kembali, kembalilah kedalam diri sendirian sendiri, sendiri berteman kan sepi, hanya kain putih yang membaluti tubuhku, terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu,
Ajal yg datang dimuka pintu, tiada siapa yg memberitahu, tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali, lemah jemari nafas terhenti tidak tergambarm sakitnya mati, cukup sekali
Tak sangup untuk ku mengulangi, jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang mengigil ketakutan gelap pekat dipandanagan selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Azab Kubur

Kebenaran Azab Kubur Berdasarkan al-Quran & Hadith
“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)
Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (AtTazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda,
anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang
buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk
pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan
ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)
Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur
Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda
mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab
disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga
ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)
Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan
orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.










Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam

Alam Barzakh
kubur dinamakan hidup di alam barzakh.
Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir
mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.
Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali
ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat.
Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia
pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)
Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan ﺎﻜﻨﺿ (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.
“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat
(diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikutpengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah
Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab.
Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)
Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.
Ghafir: 46)

Sama-sama kita Ingati Mati

MENINGKATKAN ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan merupakan tuntutan dalam hidup. Tuntutan yang diseru oleh Allah itu bermatlamat untuk menjadikan kita insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Harus diingat bahawa setiap yang bernyawa tetap akan mati. Begitu juga dengan manusia yang asal usulnya dijadikan daripada tanah, maka kepada tanahlah juga ianya akan dikembalikan.

Firman Allah dalam surah Thaahaaayat 55 yang membawa maksud: "Dari bumi Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami kembalikan kamu. Daripadanya pula, Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi" jelas menterjemahkan manusia harus sentiasa mengingatkan diri mengenai kematian.

Bahkan, hakikat mengenai kematian juga sudah diterjemahkan dalam surah Ali Imran ayat 180 yang menjelaskan: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati".

Bertitik tolak daripada ingatan sedemikian, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly terpanggil untuk meneruskan kelangsungan usaha syarikat produksinya, JS Pictures Sdn. Bhd. dalam menghasilkan karya-karya bermesej.

Usaha atau tanggungjawab yang dirintis oleh Shiela dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo menerusi drama-drama terbitan mereka bukan hanya untuk tujuan hiburan semata-mata.

Sebaliknya, pasangan itu sepakat bahawa mereka harus mengingatkan penonton-penonton mereka terhadap sebuah sisi kehidupan lain - kematian!

Lalu, drama-drama yang bertemakan keagamaan menjadi pilihan syarikat itu.

Terbaru, Sheila dan Jinggo memerah tenaga bersama-sama dengan penulis skrip Rozie Rashid untuk menghasilkan Dunia Batinku, sebuah lagi drama yang sarat dengan mesej kemanusiaan, kasih sayang dan kematian.

"Gabungan ketiga-tiga elemen itu kami lakukan semata-mata untuk mengajak rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam terhadap makna sebenar kehidupan," kata Sheila memulakan perbualan mengenai Dunia Batinku, sebuah telemovie yang bakal ditayangkan di TV3 menerusi slot Cerekarama malam esok.

Jalan cerita Dunia Batinku memberi fokus kepada perihal keluarga, naluri kasih dan sayang seorang ibu dan anak-anaknya.

Bahkan, aspek pengorbanan yang dikupas dalam telemovie itu juga diharapkan Sheila akan dapat menjentik emosi penonton mengenai maksud kehidupan yang menuntut kita melakukan kebajikan.

"Hati saya sentiasa terjentik bila melihat moral segelintir daripada orang kita yang tercalar dengan kisah yang melampau daripada batasan kemanusiaan.

"Dan saya tidak boleh berdiam diri lalu mengajak suami untuk menggandakan lagi karya yang boleh membimbing masyarakat ke arah melakukan kebaikan," Sheila menjelaskan kecenderungan JS Pictures menerbitkan drama-drama berteraskan elemen agama dan pendidikan moral itu sejak kebelakangan ini.

Bertuah Sheila kerana Jinggo katanya, memiliki aspirasi yang serupa sepertinya terhadap usaha pembentukan masyarakat yang bertamadun.

Kelegaan itu tambah menggembirakan Sheila apabila dia mendapat kerjasama yang baik daripada team produksi serta pelakon-pelakon yang diundang menjayakan drama terbitan mereka.

Penghasilan Dunia Batinku ujarnya, sudah cukup memberi motivasi dan kekuatan buatnya untuk merancakkan lagi usaha yang sama pada masa depan.

Telemovie Dunia Batinku bagi Sheila, wajar dijadikan sebuah drama tontonan keluarga.

"Ini kisah mengenai maruah keluarga. Kisah bagaimana peritnya seorang wanita bergelar ibu mengharungi kepayahan bila kematian suami," Sheila rancak menyambung perbualan.

Sheila yang turut berlakon sama dalam filem itu dengan memegang watak sebagai wanita malang bernama Khadijah digambarkan hidupnya penuh dengan kepayahan.

Lebih memeritkan bila anak lelaki tunggal yang sedang membesar mencetuskan satu demi satu masalah.

Mujur dalam mengharungi kesukaran hidup, Khadijah ditemani ibu mertua yang banyak memberikannya kekuatan.

Mendengar sinopsis itu ia saling tidak ubah akan membawa ingatan pembaca akhbar ini dan tentunya juga penonton drama Melayu bahawa jalan ceritanya berbaur klise.

Ia seperti idea yang dikitar semula dalam drama Melayu. Apa pandangan Sheila terhadap isu ini?

Dalam hal ini, Sheila tidak menafikan akan ada sebilangan besar daripada kita yang mempunyai pandangan sedemikian.

Namun, Sheila ada rasionalnya sendiri apabila memilih untuk membawa naskhah Dunia Batinku ke layar TV.

"Jalan cerita mungkin dianggap klise. Kerana itu, kami pastikan pendekatan penceritaan serta lakonan menyuntik elemen-elemen yang boleh mengundang kesedaran dalam diri penonton," kata Sheila menceritakan pendekatan suaminya ketika menerajui karya Dunia Batinku.

Berkali-kali penerbit kental ini mengingatkan, Dunia Batinku mengangkat harga kasih sayang yang tidak mampu untuk disamakan dengan wang ringgit.

Dunia Batinku turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Syafiee Naswip, Normah Damanhuri, Fizz Fairuz, Memey dan ramai lagi.

Pengalaman dikafan

Seperti yang dijelaskan di awal perenggan tadi, Dunia Batinku juga akan memberi pemahaman baru kepada penonton kelak mengenai buah tangan terbaru JS Pictures ini.

Isu kematian menjadi sebahagian daripada intipati penting dalam naskhah yang ditayangkan sempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang akan disambut pada 26 Februari ini.

Justeru, Sheila tanpa ragu-ragu bersedia melakonkan watak dia 'dikafankan' bagi memastikan jalan cerita Dunia Batinku dapat menjentik keinsafan dalam diri penonton.

Sesuatu yang Sheila sendiri bagaikan tidak percaya ialah bila dia sendiri menawarkan diri untuk disolek dan dipakaikan kain kafan seperti jenazah.

"Saya sentiasa mengingatkan diri bahawa setiap manusia pasti akan melalui kematian. Jadi, mengingatkan perkara itu membuatkan hati saya tergerak untuk 'dikafankan'.

"Tidak ada sebab lain yang mendorong saya melakonkan adegan itu selain daripada mengingati mati," jelas Sheila dalam nada yang sebak kala mengingatkan kembali proses penggambaran adegan-adegan itu.

Rumusannya, Sheila mahu mengajak semua penonton agar sentiasa beringat bahawa kematian adalah urusan Yang Maha Esa seperti mana yang sudah difirmankan oleh Allah.

Dan karya Dunia Batinku setidak-tidaknya mahu dijadikan oleh Sheila sebagai instrumen untuk dia menterjemahkan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan hari esok dalam bentuk drama.

"Karya ini diterbitkan oleh saya dan suami kerana Allah. Doa kami, mesejnya sampai kepada audiens kelak.

"Saya pernah melalui zaman jahil dan bersyukur kerana Tuhan membuka pintu hati saya ketika saya masih sihat dan muda untuk melakukan kerja-kerja ini (berkarya). Moga semua orang akan sama-sama mengambil iktibar daripada pengajaran cerita ini," kata Sheila sambil mengharapkan penonton akan merebut peluang menonton naskhah Dunia Batinku.

Sama-sama kita Ingati Mati

Rasulullah SAW bersabda:
“Perbanyakkanlah mengingati tentang perkara yang menghapuskan kelazatan(maut).’
Sabdanya lagi:
“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yangg bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat.”
Firman Allah bermaksud:
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian lari daripadanya itu pasti akan menemui kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat Yg Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata, kelak, Dia akan memberitahumu apa yang telah kamu lakukan.’
(al-Jumaat : 8) Setiap permulaan ada kesudahan, setiap pertemuan ada perpisahan, setiap kehidupan ada kematian…dan dalam album Diwani, ada sebuah lagu bertajuk Yang Abadi, yg mana lagu itu telah mencernakan bahawa tiada yg kekal selain dari Allah…Setiap yang hidup pasti akan mati. Kedatangan maut tidak akan dipercepat atau ditangguh hatta sesaatpun. Ini janji Allah seperti mana yang termaktub dalam kitab suciNya Al-Quran. Kematian bukan suatu penamat atau kesudahan sebuah kehidupan, sebaliknya, ia adalah pintu masuk menuju ke alam akhirat iaitu alam yg akan menentukan natijah kehidupan kita di dunia. Alam untuk kita menikmati hasil cucuk tanam kita semasa di dunia. Kalau elok perhatian kita terhadap tanaman kita di dunia, pasti, hasilnya baik sekali di akhirat…

Kita percaya maut itu adalah perkara yg benar dan pasti akan berlaku, tetapi, kadangkala, kita terlupa menyebabkan kita sering melakukan perkara yg mengundang murka dan laknat Allah, dan tersasar jauh dari RahmatNya. kita terlupa hidup di dunia hanya sementara, kerana itulah kita terus terpukau pada godaan dunia yang mengasyikkan. Bahkan, ada juga yang cuba mengelak dari mati dan membenci detik itu kerana tidak mahu berpisah dengan dunia.

Rasulullah bersabda:
Apabila engkau bangun pagi, janganlah tunggu hingga ke petang, dan apabila engkau berada di waktu petang, janganlah tunggu waktu pagi. Sediakanlah bekal hidupmu dari sekarang untuk matimu kemudian hari, dan ambillah kesempatan masa sihatmu sekarang untuk masa sakitmu nanti.”

Harapan yg panjang terhadap dunia akan melahirkan rasa cinta pada dunia, sedangkan cintakan dunia adalah perkara yg dicela. Ini kerana ia akan menjadikan kita lupa akan mati dan menganggap mati tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Walhal, kematian tidak terikat pada masa-masa tertentu. Kanak-kanak, orang muda, orang tua akan mati pada bila-bila masa saja sebaik saja tiba ajalnya. Mungkin ajal kita, seminit dua lagi…Siapa yang dapat menjangka???

Cara yang terbaik untuk mengingati mati ialah dengan membandingkan diri kita dengan orang yg telah meninggalkan kita dan isi dunia. Jika kita melihat mayat dimandikan, kita fikirkan pula diri kita akan dimandikan juga… Apabila melihat jenazah dikafan, kita bayangkan, diri kita akan berada dalam kain kafan itu juga…Semasa jenazah diusung ke tanah perkuburan, tiba detik itu, kita juga akan berada dalam keranda itu dan seterusnya, akan menghuni liang lahad yg gelap gelita itu..bertemankan cacing-cacing dan pelbagai makhluk-makhluk yang setia dalam tanah perkuburan itu…Sesungguhnya, tiada ubat yg paling mujarab untuk hilangkan rasa cintakan dunia selain dari kukuhkan keimanan pada hari Akhir. Dan membayangkan jika kita memikul bebanan dosa yg banyak, kita pasti akan menerima azab pedih yang bertimpa-timpa. di saat itu, tiada gunanya lagi kita mengharapkan simpati sesiapa hatta dari Allah sendiri, kerana pada masa itulah kita akan menyaksikan Kemurkaan Allah dan merasai azabnya yang pedih tak terhingga. Na’udzubillahi min dzalik! Tetapi, jika kita taat melakukan perintahnya dan menghindarkan larangannya, pastinya Allah balas dengan kenikmatan yang tak terperi di akhirat nanti. Sesungguhnya, janji Allah itu amat benar.

Jadikanlah kehidupan di dunia sebagai batu loncatan utk mendapat kenikmatan di akhirat sana…..Semoga kasih sayang Allah memayungi hidup kita…

Sbg tanda kusayang kamu

assalamualaikum ...Hanya Ingin Mengingatkan ....[]Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Duniaitu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Hartaitu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikiritu ubatnya.
4. Seluruh umuritu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahunitu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1.. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Tuesday, April 20, 2010

Perjalanan Roh

Artikel ini sumbangan En hamid yusof (ham_mid2003@hotmail.com)


Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah SWT memperkenankan kepadanya.

Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, "aduh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan".

Setelah lewat lima hari, roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah SWT memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah. Firman Allah SWT bermaksud: “Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.” ( An-Naba’: 38)

Ibnu Abbas r.a. ada mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini. Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya. "

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

Bantulah Ibu ini (Sebar2kn)

Message ini depetik dari email yg dikirimkan oleh akak Rohaiza Bte Ishak;

moga dapat dihebahkan

MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA
KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Friday, April 16, 2010

Syair Arab

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansarullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji rabbi

Selamatlah pejuang islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan al-quran dan sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah(3x)

Wednesday, April 14, 2010

Al-Kauthar

[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Puisi Cinta

Dipetik dari sahabat saya: Mohd Fariz Mat Rahim

Kini… semua manusia mencari cinta,

Termasuk kami… yang menawarkan cinta,



Pelbagai susur-galur cinta,



Yang sedih, mencari pencinta,

Diluah gundah gulana,

Agar bebas belenggu jiwa.



Yang gembira, ingin berkongsi cerita,

Agar pencinta seronok bersama.



Yang berbau badannya,

mencari wangian sempurna,

Agar ia bertemu pencinta.



Si dara, turutkan apa sahaja kemahuan teruna,

Kerana disangkanya cinta itu telah sempurna.



Sang pemuda, kerana cintakan karibnya,

Menyangka khamr itu punca perkasa.



Mujur si anak mentaati ibunya,

Lenyap di hati saingan cinta.



Aku hairan melihat pendeta,

Ilmu ditimba berabad lama,

Rupanya cinta sebati dijiwa.



Namun sedarlah fitrah di jiwa,

Harapan berjumpa pemilik cinta,

Dia yang memegang jiwa dan rasa,

1000 nafsi, 1 bersua,

Tanda sukar menggapai cinta-Nya….

Tuesday, April 13, 2010

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

Sumber dipetik dari email sahabat saya: Abg Hamid Yusof (ham_mid2003@hotmail.com)


Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan. Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan taqdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Wanita perlu pula menutup auratnya dengan sempurna. Maklumlah aurat yang rata-rata difahami hanya sekadar menutup rambut sudah memadai katanya sedangkan ia jauh dari itu. Tutur katanya juga perlulah dijaga agar tidak timbul perasaan jahat di hati lelaki. Hinggalah terbit dari hati "Wahai, sukarnya menjadi seorang wanita"

Rupanya apabila Islam telah menyebarkan sinarnya pada zaman Jahiliyyah yang menzalimi wanita dan anak-anak perempuan maka tinggilah martabat kemuliaan wanita. Sehinggalah di dalam al Quran terdapat surah An Nisa' iaitu surah wanita dan Islam amat menjaga wanita serta ditunjukkan hak-hak yang perlu diberi kepada kaum hawa ini.

Wahai wanita, janganlah hendaknya dirimu dibiarkan rosak oleh kaum Adam yang jahat perangainya, dipergunakan untuk mendapatkan keuntungan. Lihat sahajalah di setiap iklan di dalam media massa, bukan barangan yang menjadi tontonan. Tetapi di sebaliknya wanita yang berada di sisinya, maka larislah barangan disebabkan wanita dipergunakan setiap mahkota yang ada padanya. Alangkah harubirunya dunia ini apabila pemudinya rosak akhlaknya. Bila tiada kekuatan aqidah dan pendidikan agama, walau seorang profesional sekalipun tidaklah lepas dari jatuh ke lembah kehinaan jika tiada cinta kepada ALlah.

Wanita Kebanggaan Islam

Wanita jika yang dibentuk dirinya dengan acuan yang betul, lahirlah serikandi Islam sebagaimana Aisyah radiyaLlahu 'anha, lahirlah anak yang taat kepada ibu dan ayahnya sebagaimana Asma' binti Abu Bakar yang digelar zatun nitaqoin membawa bekal, memanjat sehingga ke pintu gua untuk memberi bekalan kepada 2 orang kekasih ALLah iaitu ayahnya sendiri Saidina Abu Bakar As Siddiq dan junjungan besar Nabi Muhammad SallaLLahu 'alaihi wasallam. Alangkah bahagianya apabila ada pendorong di dalam hidup, pendokong ketika dalam kesusahan dan kesedihan, menjadi teman seperjalanan menemani hayat sebagaimana Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Tentunya menjadi ibu kebanggaan para pencinta Islam sebagaimana Ummu Habibah (gelaran bagi Ramlah binti Abu Sufyan), walau ditimpa ujian bertalu-talu, dipaksa untuk murtad oleh ayahnya ketika ia memeluk Islam. Ditambahi pula dengan karenah suaminya yang telah berpaling dari Islam dengan memeluk agama Kristian, beliau rela berpisah kerana cintanya kepada ALlah melebihi segala-galanya dan tinggilah darjatnya apabila dilamar oleh RasuluLlah untuk menjadi teman hidupnya. Balasan untuk orang yang sabar dan gigih di dalam agama ALlah.

Jika diselusuri sejarah, ramainya tokoh-tokoh wanita Muslimah yang memberi sumbangan besar di dalam dunia Islam. Fatimah binti Sa'ad al Khair al Ansari al Andalusi, lahirnya di China pada tahun 522 Hijrah. Mengajar di Kaherah dan Damsyiq dan ramai tokoh yang mengambil hadith darinya seperti al Hafiz al Munziri. Siti Zubaidah, isteri Khalifah Harun al Rasyid telah membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk memperkuatkan kubu pertahanan dan kawasan sempadan. Jasanya dalam menampungi saluran air yang dibina dari Baghdad hinggalah ke Mekah untuk jemaah haji sehinggalah saluran air ini dikenali sebagai "Ain Zubaidah" (Mata Air Zubaidah). Lihatlah perkataannya - apabila dibentangkan kepadanya kos perbelanjaan saluran itu, beliau telah mencampakkan bil perbelanjaan itu ke dalam sungai sambil berkata : "Kami tinggalkan hitungannya untuk Hari Perhitungan" . ALLahu... ALlah..

Kitalah Lelaki Itu

Ada orang mengatakan payahnya menjadi lelaki. Besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk meneruskan kehidupan. Maklumlah di zaman ini, besarlah cabaran bagi seorang lelaki yang dipenuhi dengan tribulasinya. Kita diuji dengan penglihatan yang menggoda iman, patutlah ALlah menyuruh kita di dalam firmanNya yang bererti :


" Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. "
( An-Nur : 30-31 )



Berapa ramai yang telah kalah di dalam menjaga pandangan dan kemaluannya ?...

Suami diuji dengan isteri, harta, anak-anak. Orang lelaki perlu bekerja mencari rezeki dan bukannya duduk goyang kaki. Orang lelaki perlu kuat pegangan agamanya, tahu menjadi imam, mempunyai daya kepimpinan, membuat keputusan yang betul. Kita tetaplah lelaki untuk meneruskan perjalanan di bumi ALLah ini, tidak mudah mengalah, berusaha untuk menjadi pemimpin yang baik dan memperbaiki diri. Begitulah, hidup orang yang beriman, kesusahan itu sebenarnya adalah hiburan, ujian itu menambahkan cinta kepada ALlah. Kita selusuri kembali dari kacamata sirah siapakah lelaki sejati yang menjadi tauladan umat ini.

Lelaki Sejati Perlu Mencontohi Mereka

Agungnya akhlaqmu ya RasuluLLah menjadi suri tauladan sepanjang zaman. Tarbiah dan didikanmu kepada para sahabat melahirkan Abu Bakar yang sikapnya lemah lembut tetapi tegas di dalam menjalankan hukum ALLah. Menjadikan Saidina Umar berani di hadapan para kafir Musyrikin serta besar jasa-jasanya dalam menyebarkan dakwah Islam dan diteruskan kegemilangannya oleh Saidina Uthman dan Saidina Ali radiyaLlahu 'anhum. Begitulah seorang dari seorang sahabat yang amat memusuhi Islam akhirnya menjadi panglima Islam yang berani sebagaimana Khalid bin Al Walid. Adakah kesusahan, kesulitan menjadikan mereka cengeng dan berundur dari melaksanakan tugas sebagai hamba ALlah?

Siapakah yang tidak kenal seorang hamba yang berkulit gelap berbangsa Habsyi yang upahnya setiap hari adalah dua genggam kurma. Tetapi putih bersih hatinya, kebal imannya dari dicarik dan dirosakkan oleh ketulan batu yang menghempap dirinya. Beliaulah muazzin ar Rasul (tukang azan RasuluLlah), pelopor kebebasan peribadi walaupun zahirnya diikat sebagai hamba kepada Muawiyah bin Khalaf, namun jiwanya bebas hanya untuk menyembah ALlah sehinggalah ia benar-benar bebas dimerdekakan oleh sahabat yang mulia hatinya iaitu Saidina Abu Bakar radiyaLLahu 'anhu. Lelaki sejati inilah yang berjuang di barisan hadapan di dalam siri-siri peperangan ketika bersama RasuluLLah dan berjaya membunuh Umaiyah bin Khalaf semasa peperangan Badar al Kubra.

Kentalnya jiwa Urwah bin Zubair seorang ahli fiqh yang terbesar. Menurut ceritanya sebelah kakinya mendapat penyakit yang menyebabkan para doktor memutuskan ia perlu dipotong agar tidak merebak sehingga ke betis dan seluruh tubuhnya. Lalu beliau disuruh untuk meminum satu minuman yang boleh menghilangkan kewarasan akalnya supaya dia tidak merasa sakit. Lalu beliau berkata

"Aku tidak mengira, bahawa seorang yang beriman kepada ALlah akan mahu minum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, sehingga dia tidak mengenal dan ingat la akan Tuhannya. Biarlah kakiku ini dipotong"

Lalu dipotong pada lututnya. Dia diam sahaja, tidak berkata apa dan tidak mengeluh atau merintih barang sedikitpun.

Selanjutnya qadar ALlah telah pun tertulis, untuk menguji iman lelaki sejati ini. Di malam hari kakinya dipotong itu terjatuh pula putera kesayangannya dari tingkat atas rumah lalu meninggal ketika itu juga. Kawan-kawannya pun datang mengucapkan takziah (menyatakan turut rasa duka cita). Urwah bin Zubair mengucapkan :

"Ya ALlah! Pujian untuk Engkau. Anakku tujuh orang, lalu Engkau ambil satu, dan tinggal enam orang. Kaki tanganku ada empat, lalu Engkau ambil satu dan masih tinggal tiga. Kalau Engkau yang memberikan cubaan, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan (menyembuhkan) "

ALLahu...ALlah. ..

Tugas Kita Sebagai HambaNya

Di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki. Maka perlu bertanya juga di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang ALlah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki? Wanita dan lelaki yang beriman tetaplah perlu bergandingan bantu membantu di dalam perjuangan diri, keluarga dan masyarakat ke jalan ALlah. Mengajak ke arah kebaikan, menegur kemungkaran bukan tugas 'seseorang'. Lupakah kita firmanNya yang bererti :


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah at Taubah : Ayat 71)

Ya saudaraku sekalian, bukan bergandingan bahu membuat maksiat atau penzinaan tetapi bahu membahu di dalam meninggalkan larangan dan mengerjakan taat kepada ALlah..

Sumber rujukan :

1. Muhammad al Ghazali, Warisan Pemikiran Islam Menurut Syara' dan Rasional, 2003, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Malaysia
2. Dr Yusuf al Qardawi, Iman Dan Kehidupan, 1985, Dewan Pustaka Fajar, Selangor
3. Pendidikan Akhlaq Darjah Enam, 1998, Jabatan Agama Johor, Synergymate

Sunday, April 11, 2010

Arah Kutub Bumi akan berubah : Saintis Menemui kaedah megukur (adakah tanda2 kiamat???)

Artikel ini dipetik dari email yg datang dari saudara Hamid Yusof

Salam......


Berubahnya kutub bermakna berubahnya arah pusingan bumi matahari terbit dari Barat.

Saya tertengok satu kajian ahli2 geologi dan geofizik berkaitan dengan perubahan mendadak arah kutub bumi berdasarkan statistik perubahan zarah2 batu magma pada lapisan magma bumi semasa cair:Di sini saya ulas dalam bentuk bahasa kampung....Ianya dalam pengetahuan NASA mengkaji berdasarkan fakta sains.

Method untuk mengukur perubahan arah kutub bumi (Saya tertarik dengan cara mereka mengukur sample batu magma ditunjuk secara jelas arah zarah2 magma selari dgn arah kutub bumi..Sumber discovery channel)....Di sini sememangnya kita boleh mengira regression line untuk mengira kecepatan perubahan arah kutub berdasarkan skala ribuan tahun......

Sainstis geologi telah menemui kaedah pergerakan semasa kutub bumi berdasarkan batuan magma yg mengalir dari letusan2 gunung berapi di serata dunia...Ringkas cerita....semasa magma mengalir (cair) terdapat satu medan magnet dalam lingkungan magma yg bertindak pada zarah-zarah halus dalam magma yg akan membeku selari dgn arah kutub bumi.....Oleh sebab itu satu perangkaan teliti lapisan magma telah keras diambil samplenya yg berumur jutaan tahun ....dan dilihat menggunakan sekala ribuan tahun....mendapati arah2 zarah dalam magma yg keras tadi akan membeku bersama dengan arah perubahan kutub bumi...

Sainstis telah melihat satu fenomena sejagat dgn cukup drastik perubahan ketara arah kutub bumi.......berdasar kan skala tertentu.... Berdasarkan perubahan sekarang..kemungkin an besar bumi bertukar arah magnetik dalam jangka masa 100 tahun lagi 2100....Mengikut perkiraan sains.....

Apakah kesan utama berlakunya perubahan kutub

Saya tidak mahu ulas faktor2 lain....di sini....cuma ahli2 sains telah mengkaji satu faktor terbesar adalah nyalaan angin suria yg hebat.....Maksudnya perubahan keadaan matahari yg mendadak mutakhir ini.. Nyalaan suria ini akan menghembuskan berjuta2 kilometer ke angkasa....Kesannya .....Satu tekanan yg kuat akan dikenakan pada medan magnetik bumi...menyebabkan keadaan tidak stabil dalam mantel bumi...Berdasarkan gambar2 yg telah diambil oleh NASA menunjukkan perubahan ketara keadaan matahari pada ketika ini akan menyebabkan satu persekitaran yg kurang stabil kepada bumi...terutama kepada....Keadaan keseimbangan medan magnetik bumi....Kesan ini akan berlaku dengan tiba2....bergantung kepada kekuatan tekanan angin suria daripada matahari.... .

Akibatnya:

Sainstis menjangkakan satu fenomena dasyat menyebabkan sistem arah bumi berubah..... berubah dengan masa berubah dengan tempat, menyebabkan makhluk2 di muka bumi terutama haiwan menjadi bingung dan hilang kawalan..... Akan berlaku perubahan mendadak dari segi tekanan, kelajuan angin, dan suhu permukaan bumi.....dgn kata lain bila arah bertukar secara total....ianya akan menyebabkan hilangnya kawalan sejagat...



Sekian, terima kasih...

Kelebihan kismis

Saya selama ini memang tidak gemar makanan manis, terutamanya kismis, tetapi setelah membaca kelebihan yg tertulis dibawah, saya merasakan saya patut cuba, selalu org kata ubat itu pahit, sekarang saya nk cuba ubat manis pulak, moga2 segala masalah dapat diatasi dengan izin allah..wallahualam

Saturday, April 10, 2010

hati-hati-apa-yang-anda-doa

Refer This link: http://www.isuhangat.net/2010/04/09/hati-hati-apa-yang-anda-doa/#more-1451

Segengam Tabah

Bertali arus dugaan tiba,
menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis,
Gugur berderai dipipi,
Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda,
Menongkah badai bergelora,
Diredah bersendirian,
Bagaikan camar pulang senja,
Patah sayapnya tetap terbang jua,
Sekadar secicip rezeki,
Buat yang sedang rindu menanti,
Segengam tabah dipertahankan,
Buat bekalan diperjalanan,
Kau bebat luka yang berdarah,
Kau balut hati yang calar,

Telah tertulis suratan nasibku,
Derita buatku ada hikmahnya,
Terlukis senyum dibibir lesu,
Tak siapa tahu hatiku,
Biarpun keruh dihulu,
Mungkin jernih di muara,
Biarpun jenuh hidup dipalu,
Pasti bertemu tenangnya.

Sunday, April 4, 2010

Fakta yg jarang2 didengar

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian
Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet
Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet,
tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan
adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di
planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak
kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi
misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut
bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan
dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877))

Artikel ini depitik dari sumber dibawah:
Kredit to kawan saya Ust,Ir,Prof, YB Dr. Fariz mat Rahim