Wednesday, May 5, 2010

HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

dipetik dari email ("Muhammad Azwan" scaniaman901@yahoo.com)

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;



"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".



Maka salah seorang sahabat bertanya,



"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"



Nabi saw. menjawab,



"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'WAHAN"'.



Seorang sahabat bertanya,



"Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan

takut pada mati".



(Riwayat Abu Daud)



Keterangan:



1.Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.



2.Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri KAUM MUSLIMIN itu sendiri, iaitu dari penyakit “WAHAN” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “SAYANG DUNIA” dan “TAKUT MATI”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.



3."SAYANG/CINTA DUNIA" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu menginfaqkan kepunyaan seperti wang danharta untuk Agama Allah swt. Manakala “TAKUT MATI” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak

membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk

berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa

agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan
kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.


Kitab terkenal, 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman ini di susun oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam), Pokok Sena, Kedah Darul Aman -1998

Semoga kita mengambil muhsabah, iktibar, pengajaran dan di sampaikan kepada muslimin/ikhwan, muslimat/akhowat yang lain..


"Sampaikanlah Daripadaku Walaupun Satu Ayat.." (Maksud Hadith Rasulullah S.A.W.)

No comments:

Post a Comment