Thursday, May 19, 2011

Sunday, August 22, 2010

Semuanya baik

Bissmillahirahmanilrahim
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi allah tuhan sekelian alam.
maha pemurah lagi maha penyayang,
yang mempunyai pemerintahan di hari pembalasan,
kepada engkau kami sembah dan kepada engkau kami pohon pertolongan,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
iaitu jalan org2 yg kau beri nikmat,
bukan jalan org2 yg kau murkai,
bukan jalan org2 yg sesat. amin

Setelah aku berpindah keluar dari kampus (dari hotel dalam kampus ke rumah sewa diluar) maka aku makin kurang menulis diblog ini kerana dirumah sewa tiada internet, jika dahulu semasa di hostel maka aku akan mengunakan masa free selepas subuh setelah selesai menonton bicara mufti dan tanyalah ustaz maka aku mencuri sedikit masa sebelum ke lab untuk menaip sepatah dua kata di blog ini, tetapi kini banyak masa ku habiskan dengan buat overtime pas subuh (tido la) sebab taktau nak buat apa, aku telah try baca buku tetapi memang tabiat aku sejak sekolah menengah lagi bahawa akan mengantuk ketika membaca.

Berkenaan dengan tajuk diatas, aku telah menghabiskan satu buku yang berjudul Bila Allah Menduga Kita, buku ini patut dibaca oleh semua orang kerana, sebagai manusia yang waras serta masih bernyawa kita tidak akan lari dari cubaan serta dugaan hidup.

Kita selalu berfikir bahawa kesukaran serta kesusah adalah cubaan, tetapi sebaliknya kesenangan serta keselesaan kita sering anggap sebagai nikmat dan bukan ujian, sebenarnya kadang2 kesenangan itu juga adalah ujian yang jarang2 disedari oleh kita.

Tajuk yang tertulis di atas adalah sebahagian dari sub-topik buku tersebut yang mana ia bertepatan dengan kata2 ini "Bg org mukmin itu semuanya baik, apabila diberi nikmat ia bersyukur, apabila ditimpa musibah ia bersabar, maka itu adalah baik bagi org beriman"
aku tidak pasti ini adalah hadith atau dalil Al-Quran, yang pastinya kata2 ini menjadi azimat supaya kita bersabar apabila ditimpa ujian.

Kisah ini dipetik dari buku tersebut yang mana semua yang ditentukanya baik. Diceritakan dari ibnu Taimiyah bahawa disuatu negeri terdapat seorang menteri yang selalu menjawap 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu.

Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Setelah itu raja pun bertanya pada menteri yang duduk disebelahnya tentang kejadian yang dialaminya.

"baik, wahai raja" jawap menteri itu tanpa keraguan.
"Apa? kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.
" Ya, wahai raja. Itu baik"

Raja sangat marah dengan jawapan tersebut. Mana mungkin jarinya yg luka parah seperti itu dianggap baik oleh menteri tersebut. Maka raja memenrintahkan menteri itu ditangkap serta dipenjarakan. kemudian raja mengunjungi menteri tersebut dan bertanya, "Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri".

" baik, wahai raja" jawap menteri tersebut tanpa ragu-ragu.

mendengar jawapan tersebut raja murka dan segera meningalkan menteri tersebut. Raja merasakan menteri itu terlalu bodoh dalam memberi pendapat.

Beberapa hari kemudian raja pergi berburu didalam hutan berhampiran dan ditemani oleh menteri yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjara.

Mereka pun berangkat, dan oleh kerana menteri lain tersebut tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, maka mereka telah meninggalkan raja jauh kebelakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja tersesat sendirian didalam hutan.

Bukan sekadar tersesat malah, raja juga telah ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tingal didalam hutan.

Raja ditangkap serta ditetapkan ksebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari, dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ketempat penyembahan.

Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuknya terpotong jadi dia tidak layak menjadi korban.

Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut, dan baginda kembali ke kerajaannya dengan gembira. Selang beberapa hari raja teringat kata2 menterinya yang telah menbuat baginda murka.

Baginda segera kepenjara dan berkata kepada menteri tersebut, " apa yang kamu katakan ketika jari beta tertopong adalah benar. Itu memang baik". Lalu raja menceritakan apa yang berlaku semasa baginda pergi berburu tempoh harinya.

Menteri tersebut tersenyum sambil berkata '' Saya berada didalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. tentu saya akan dijadikan korban kerana tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."

Maka kesimpulanya adalah semua yang ditentukannya adalah baik dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

p/s: Bagi anda yang sentiasa merasaklan terbeban oleh ujian serta sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah maka cuba beli serta bacalah buku ini, moga ia membantu anda.

Friday, July 23, 2010

Mutiara

Alhamdullilah

Pesanan dari seorang ustaz, apabila selesai melakukan sesuatu amalan kabaikan maka ucapkanlah olehmu Alhamdullila moga kebaikan tersebut akan kita lakukkan dengan lebih istiqomah. Kita biasa mendengar makna alhamdullilah sebagai segala puji bagi allah, sebenarnya ia hanyalah penterjemahan perkataan dari arab ke bahasa melayu, makna alhamdullilah seperti yang dibahaskan oleh para ulamak bermaksud mengikat benda yang sedia ada dan memburu benda yang tiada, maka dalam konteks kebaikan yang kita lakukan kita memohon agar kita akan dipilih oleh allah agar kita dapat melakukannya lagi dalam masa yang sama kita dipilih oleh allah untuk meningkatkannya, ini kerana segala kebaikan yang dilakukan adalah pilihan dari allah. Selain itu ungkapan yang amat mudah dilafazkan oleh lidah tersebut dapat menghindarkan kita dari sifat rasa takabur, siak dan segala macam sifat mazmumah.

4 doa yang di ajarkan nabi

1.Mohon petunjuk dan hidayah darinya, yang mana dengan hidayah darinya kita dapat meningkatkan amal ibadat kita.

2.Mohon agar menjadi insan yang bertaqwa- dimana maksud mudah bagi taqwa ialah melakukan apa yang diperintahkan dan meningalkan apa yang allah larang. Saidina umar pernah bertanya pada sahabat (kalau tak silap ibnu mas ud)- apakah makna taqwa, maka jawap sahabat taqwa bagaimanakah saudara berjalan dijalan yang penuh duri, maka jawap umar, aku akan berjalan dengan penuh hati2, begitulah perumpamaan taqwa, setiap garak geri dan tindakan yang dilakukan adalah sentiasa berjaga2 agar tidak terjerumus kepada melanggar perintah serta melakukan larangan allah serta yang menjauhkan kita dari keredhaannya.

3. Mohon terpelihara dari perkara keji- Telah diceritakan suatu kisah yang berlaku, terdapat seorang pemuda yang mana dimalam harinya beliau menuntuk ilmu dan disiang harinya beliau berniaga menjual pakaian serta permaidani. Diberitakan juga bahawa si pemuda tersebut seorang yang sangat hensem, maka pada suatu hari apabila beliau melalui sebuah rumah yang mana dirumah tersebut terdapat seorang anak gadis yang juga seorang rupawan. Wanita tersebut telah lama menaruh hati terhadap pemuda tersebut, maka di ajaknya pemuda tersebut untuk masuk kerumahnya kerana beliau ingin membeli barang jualan pemuda tersebut, pada mulanya pemuda tersebut menolak, tetapi wanita tersebut memberikan alasan bahawa diluar panas, maka pemuda tersebut masuk tanpa sebarang syak (tidak terfikir niat jahat wanita tersebut). Maka selang beberapa ketika selepas pemuda tersebut berada didalam rumah wanita itu, maka wanita itu pun mengunci pintu rumah. Si pemuda kehairanan dan bertanya kepada wanita tersebut, maka wanita itu berterus terang dan mengajak pemuda tersebut untuk melakukan perkara zina. Maka lelaki tersebut mendapat ilham, bahawa beliau ingin mandi dahulu kerana badannya sudah busuk akibat keringat. Semasa didalam bilik air pemuda tersebut menangis teresak2 kerana takut melakukan kemaksiatan kepada allah, tiba2 pemuda tersebut mendapat ilham dari allah, agar melumurkan badanya denga sisa buang (air besar) yang terdapat dalam takungan (sistem buangan zaman dahulu). Maka selesai melumurkan diri dengan buangan tersebut, pemuda itu segera pergi ke bilik wanita tersebut, dan setelah itu wanita tersebut berasa sangat marah kerana menyangkakan bahawa pemuda tersebut gila, maka dihalaunya pemuda itu dari rumahnya, dan terselamatlah pemuda tetrsebut dari perkari keji tersebut. Apabila pulang kerumah maka pemuda tersebut segera mandi dan membersihkan dirinya. Disebelah malamnya pemuda tersebut seperti biasa pergi belajar ilmu agama dimasjid. Semasa di masjid rakan2 beliau menyatakan bahawa wangian apakah yang dipakai oleh si pemuda tersebut kerana mereka tidak pernah menghidu wangian seperti itu, si pemuda hanya diam membisu kerana menyangkakan bahwa rakan2nya memperlinya akibat bua najis yang dilumurkan kebadanya semasa dirumah wanita tersebut. Sebentar kemudian gurunya sampai dan seperti biasa gurunya akan menemui pemuda tersebut terlebih dahulu kerana pemuda ini merupakan murid kesanyanga guru tersebut. Maka gurunya juga menyatakan perkara yang sama seperti rakannya, maka dengan nada yang sedih pemuda tersebut berkata, apakah guru juga turut memperli aku?? guru menjawap bahwa beliau menghidu bau wangian yang sangat nyaman dan terus bertanya apakah yang terjadi, pemuda tersebut menceritakan kejadian yang berlaku siang tadi kepada gurunya. Gurunya menyatakan wangian ini adalah hasil kekuatan iman pemuda tersebut kerana berjaya menjauhi diri dari petbuatan yang keji. Diceritakan juga bahawa badan pemuda tersebut kekal berbau wangi sehingga pemuda tersebut mati

4. Memohon kekayaan jiwa- jiwa yang tenang walaupun musibah menimpa (qulbun salim) (hati yang sejahtera)


Ilmu itu adalah mutiara orang2 islam yang tercicir, maka kutiplah dimana sahaja yang kamu temuinya. Maknaya menuntut ilmu itu dimana sahaja dan dengan siapa sahaja. Tetapi kutip mutiara sahaja dan bukanya kaca..

wallahualam

Monday, July 19, 2010

buat renungan

buat renungan bersama saudaraku semua.moga esok lebih baik dari sebelumnya..inshaAllah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok,(2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi";- (Riwayat Hakim).

Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat