Sunday, August 22, 2010

Semuanya baik

Bissmillahirahmanilrahim
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi allah tuhan sekelian alam.
maha pemurah lagi maha penyayang,
yang mempunyai pemerintahan di hari pembalasan,
kepada engkau kami sembah dan kepada engkau kami pohon pertolongan,
tunjukkan kami jalan yang lurus,
iaitu jalan org2 yg kau beri nikmat,
bukan jalan org2 yg kau murkai,
bukan jalan org2 yg sesat. amin

Setelah aku berpindah keluar dari kampus (dari hotel dalam kampus ke rumah sewa diluar) maka aku makin kurang menulis diblog ini kerana dirumah sewa tiada internet, jika dahulu semasa di hostel maka aku akan mengunakan masa free selepas subuh setelah selesai menonton bicara mufti dan tanyalah ustaz maka aku mencuri sedikit masa sebelum ke lab untuk menaip sepatah dua kata di blog ini, tetapi kini banyak masa ku habiskan dengan buat overtime pas subuh (tido la) sebab taktau nak buat apa, aku telah try baca buku tetapi memang tabiat aku sejak sekolah menengah lagi bahawa akan mengantuk ketika membaca.

Berkenaan dengan tajuk diatas, aku telah menghabiskan satu buku yang berjudul Bila Allah Menduga Kita, buku ini patut dibaca oleh semua orang kerana, sebagai manusia yang waras serta masih bernyawa kita tidak akan lari dari cubaan serta dugaan hidup.

Kita selalu berfikir bahawa kesukaran serta kesusah adalah cubaan, tetapi sebaliknya kesenangan serta keselesaan kita sering anggap sebagai nikmat dan bukan ujian, sebenarnya kadang2 kesenangan itu juga adalah ujian yang jarang2 disedari oleh kita.

Tajuk yang tertulis di atas adalah sebahagian dari sub-topik buku tersebut yang mana ia bertepatan dengan kata2 ini "Bg org mukmin itu semuanya baik, apabila diberi nikmat ia bersyukur, apabila ditimpa musibah ia bersabar, maka itu adalah baik bagi org beriman"
aku tidak pasti ini adalah hadith atau dalil Al-Quran, yang pastinya kata2 ini menjadi azimat supaya kita bersabar apabila ditimpa ujian.

Kisah ini dipetik dari buku tersebut yang mana semua yang ditentukanya baik. Diceritakan dari ibnu Taimiyah bahawa disuatu negeri terdapat seorang menteri yang selalu menjawap 'baik' setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu.

Suatu hari menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Setelah itu raja pun bertanya pada menteri yang duduk disebelahnya tentang kejadian yang dialaminya.

"baik, wahai raja" jawap menteri itu tanpa keraguan.
"Apa? kamu katakan ini baik?" Raja terperanjat dengan jawapan itu.
" Ya, wahai raja. Itu baik"

Raja sangat marah dengan jawapan tersebut. Mana mungkin jarinya yg luka parah seperti itu dianggap baik oleh menteri tersebut. Maka raja memenrintahkan menteri itu ditangkap serta dipenjarakan. kemudian raja mengunjungi menteri tersebut dan bertanya, "Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaanmu sendiri".

" baik, wahai raja" jawap menteri tersebut tanpa ragu-ragu.

mendengar jawapan tersebut raja murka dan segera meningalkan menteri tersebut. Raja merasakan menteri itu terlalu bodoh dalam memberi pendapat.

Beberapa hari kemudian raja pergi berburu didalam hutan berhampiran dan ditemani oleh menteri yang lain kerana menteri yang biasa menemaninya telah dipenjara.

Mereka pun berangkat, dan oleh kerana menteri lain tersebut tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, maka mereka telah meninggalkan raja jauh kebelakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja tersesat sendirian didalam hutan.

Bukan sekadar tersesat malah, raja juga telah ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tingal didalam hutan.

Raja ditangkap serta ditetapkan ksebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari, dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ketempat penyembahan.

Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuknya terpotong jadi dia tidak layak menjadi korban.

Dengan itu mereka melepaskan raja tersebut, dan baginda kembali ke kerajaannya dengan gembira. Selang beberapa hari raja teringat kata2 menterinya yang telah menbuat baginda murka.

Baginda segera kepenjara dan berkata kepada menteri tersebut, " apa yang kamu katakan ketika jari beta tertopong adalah benar. Itu memang baik". Lalu raja menceritakan apa yang berlaku semasa baginda pergi berburu tempoh harinya.

Menteri tersebut tersenyum sambil berkata '' Saya berada didalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. tentu saya akan dijadikan korban kerana tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat."

Maka kesimpulanya adalah semua yang ditentukannya adalah baik dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

p/s: Bagi anda yang sentiasa merasaklan terbeban oleh ujian serta sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah maka cuba beli serta bacalah buku ini, moga ia membantu anda.

Friday, July 23, 2010

Mutiara

Alhamdullilah

Pesanan dari seorang ustaz, apabila selesai melakukan sesuatu amalan kabaikan maka ucapkanlah olehmu Alhamdullila moga kebaikan tersebut akan kita lakukkan dengan lebih istiqomah. Kita biasa mendengar makna alhamdullilah sebagai segala puji bagi allah, sebenarnya ia hanyalah penterjemahan perkataan dari arab ke bahasa melayu, makna alhamdullilah seperti yang dibahaskan oleh para ulamak bermaksud mengikat benda yang sedia ada dan memburu benda yang tiada, maka dalam konteks kebaikan yang kita lakukan kita memohon agar kita akan dipilih oleh allah agar kita dapat melakukannya lagi dalam masa yang sama kita dipilih oleh allah untuk meningkatkannya, ini kerana segala kebaikan yang dilakukan adalah pilihan dari allah. Selain itu ungkapan yang amat mudah dilafazkan oleh lidah tersebut dapat menghindarkan kita dari sifat rasa takabur, siak dan segala macam sifat mazmumah.

4 doa yang di ajarkan nabi

1.Mohon petunjuk dan hidayah darinya, yang mana dengan hidayah darinya kita dapat meningkatkan amal ibadat kita.

2.Mohon agar menjadi insan yang bertaqwa- dimana maksud mudah bagi taqwa ialah melakukan apa yang diperintahkan dan meningalkan apa yang allah larang. Saidina umar pernah bertanya pada sahabat (kalau tak silap ibnu mas ud)- apakah makna taqwa, maka jawap sahabat taqwa bagaimanakah saudara berjalan dijalan yang penuh duri, maka jawap umar, aku akan berjalan dengan penuh hati2, begitulah perumpamaan taqwa, setiap garak geri dan tindakan yang dilakukan adalah sentiasa berjaga2 agar tidak terjerumus kepada melanggar perintah serta melakukan larangan allah serta yang menjauhkan kita dari keredhaannya.

3. Mohon terpelihara dari perkara keji- Telah diceritakan suatu kisah yang berlaku, terdapat seorang pemuda yang mana dimalam harinya beliau menuntuk ilmu dan disiang harinya beliau berniaga menjual pakaian serta permaidani. Diberitakan juga bahawa si pemuda tersebut seorang yang sangat hensem, maka pada suatu hari apabila beliau melalui sebuah rumah yang mana dirumah tersebut terdapat seorang anak gadis yang juga seorang rupawan. Wanita tersebut telah lama menaruh hati terhadap pemuda tersebut, maka di ajaknya pemuda tersebut untuk masuk kerumahnya kerana beliau ingin membeli barang jualan pemuda tersebut, pada mulanya pemuda tersebut menolak, tetapi wanita tersebut memberikan alasan bahawa diluar panas, maka pemuda tersebut masuk tanpa sebarang syak (tidak terfikir niat jahat wanita tersebut). Maka selang beberapa ketika selepas pemuda tersebut berada didalam rumah wanita itu, maka wanita itu pun mengunci pintu rumah. Si pemuda kehairanan dan bertanya kepada wanita tersebut, maka wanita itu berterus terang dan mengajak pemuda tersebut untuk melakukan perkara zina. Maka lelaki tersebut mendapat ilham, bahawa beliau ingin mandi dahulu kerana badannya sudah busuk akibat keringat. Semasa didalam bilik air pemuda tersebut menangis teresak2 kerana takut melakukan kemaksiatan kepada allah, tiba2 pemuda tersebut mendapat ilham dari allah, agar melumurkan badanya denga sisa buang (air besar) yang terdapat dalam takungan (sistem buangan zaman dahulu). Maka selesai melumurkan diri dengan buangan tersebut, pemuda itu segera pergi ke bilik wanita tersebut, dan setelah itu wanita tersebut berasa sangat marah kerana menyangkakan bahawa pemuda tersebut gila, maka dihalaunya pemuda itu dari rumahnya, dan terselamatlah pemuda tetrsebut dari perkari keji tersebut. Apabila pulang kerumah maka pemuda tersebut segera mandi dan membersihkan dirinya. Disebelah malamnya pemuda tersebut seperti biasa pergi belajar ilmu agama dimasjid. Semasa di masjid rakan2 beliau menyatakan bahawa wangian apakah yang dipakai oleh si pemuda tersebut kerana mereka tidak pernah menghidu wangian seperti itu, si pemuda hanya diam membisu kerana menyangkakan bahwa rakan2nya memperlinya akibat bua najis yang dilumurkan kebadanya semasa dirumah wanita tersebut. Sebentar kemudian gurunya sampai dan seperti biasa gurunya akan menemui pemuda tersebut terlebih dahulu kerana pemuda ini merupakan murid kesanyanga guru tersebut. Maka gurunya juga menyatakan perkara yang sama seperti rakannya, maka dengan nada yang sedih pemuda tersebut berkata, apakah guru juga turut memperli aku?? guru menjawap bahwa beliau menghidu bau wangian yang sangat nyaman dan terus bertanya apakah yang terjadi, pemuda tersebut menceritakan kejadian yang berlaku siang tadi kepada gurunya. Gurunya menyatakan wangian ini adalah hasil kekuatan iman pemuda tersebut kerana berjaya menjauhi diri dari petbuatan yang keji. Diceritakan juga bahawa badan pemuda tersebut kekal berbau wangi sehingga pemuda tersebut mati

4. Memohon kekayaan jiwa- jiwa yang tenang walaupun musibah menimpa (qulbun salim) (hati yang sejahtera)


Ilmu itu adalah mutiara orang2 islam yang tercicir, maka kutiplah dimana sahaja yang kamu temuinya. Maknaya menuntut ilmu itu dimana sahaja dan dengan siapa sahaja. Tetapi kutip mutiara sahaja dan bukanya kaca..

wallahualam

Monday, July 19, 2010

buat renungan

buat renungan bersama saudaraku semua.moga esok lebih baik dari sebelumnya..inshaAllah

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok,(2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi";- (Riwayat Hakim).

Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Monday, July 12, 2010




Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

Saturday, July 10, 2010

Tiada salah,

P.s Maafkan saya. Anda akan menemui yang terbaik pastinya. Syukran jazilan di atas kepercayaan terhadap saya yang penuh kedhaifan.

hehe.. pinjam ayat ni dari blog someone... saya juga berharap saya akan menumui yang terbaik.. begitu juga diharap awak juga akan menumui insan bertqwa..


wallahualam

Meninggal dalam keadaan mulia

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.

cid:002001caf0eb$81c6ca30$0c0010ac@RuhaizahPC

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat... ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
jenazah
MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
SEBARKAN PADA YANG LAIN.....

Wednesday, July 7, 2010

Pesanan sahabat

Pesanan dari sahabat merangkap room mate and house mate

Aku: Ya kita sering membicarakan cinta kepada allah, tetapi hakikatnya benarkah kita cinta kepada allah, kita sebagai orang awam sangat sukar untuk mencapai taraf cinta kepada allah, apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha kearah itu, selebihnya kita bertawakal kepadanya

Sahabat: Hanya nabi sahaja yang tahu hakikat cinta allah..hg tau x 7 amalan yang nabi tak pernah miss, ari-ari nabi buat
1. Sedekah
2.solat sunat dhuha
3.istighfar 100 kali
4.qiamuilai
5.baca al-quran
6.sentiasa dalam keadaan berwuduk
7.solat berjemaah

insyallah kalau kita ikut apa yang nabi ajar, ada kelebihan dan kebaikan dari semua itu

futher explaination will be discuss later

wallahualam

Sunday, July 4, 2010

Kau Pergi Jua



nak letak lirik lagu x jumpa lirik versi sahabat ini..so just post the video

Wednesday, June 30, 2010

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN

HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN
31 JULY 2010-1hb OGOS 2010
TEMPAT :
FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK
(CHANGKAT LADA) PASIR SALAK

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Mulai 1 September 1997, semasa dikorperatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA BERHAD dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat Milik Penuh Kerajaan.
Penukaran entiti memberi kesan langsung kepada peserta seperti :
• Peserta kurang faham kesan penukaran status dari sebuah badan berkanun kepada Syarikat Milik Penuh Kerajaan.
• Kesan hak pemilikan tanah kepada peserta.
• Perolehan hasil pertanian didapati jauh lebih rendah berbanding dengan keluasan tanah yang diusaha secara persendirian.
• Terdapat lebih kurang 30,000 hektar tanah kerajaan negeri diberi kepada FELCRA BERHAD dimana akta GSA tanah boleh diberi kepada individu atau koperasi.
Perhimpunan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan peneroka FELCRA BERHAD serta memahami hak mereka dan mengetahui kemantapan syarikat.Kebimbangan ini timbul kerana sejarah telah membuktikan banyak syarikat kerajaan dilaporkan menuju kearah kehancuran dan telah pun hancur seperti FELDA BHD,POS MALAYSIA,PERWAJA dan BANK BUMIPUTRA.






Pengarah perhimpunan, Haji Razman Bin Haji Zakaria yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah PAS Perak menyeru kepada semua pihak memberi sepenuh sokongan untuk menjayakan himpinan ini.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
YUHANIS : 0172860979 / 0133039913
AZNI MOHAMED ZAMRI : 0134851510
ZAMARUL AINI ABD MALIK (Ruang Niaga) : 0105968786
ISHAK SAARI (Penginapan) :0135922401
MAT ZUKI JUSOH (Sumbangan) : 0135962425

BANTUAN KEWANGAN AMAT DIPERLUKAN SUMBANGAN BOLEH DIBUAT MELALUI CEK DIATAS NAMA :
PAS PASIR SALAK
AKAUN NO: 0803101001611 (BANK ISLAM BERHAD)

Tuesday, June 29, 2010

mengapa-sukar-untuk-mencintainya

http://genta-rasa.com/2010/06/27/mengapa-sukar-untuk-mencintainya/#more-1057

Usah syak pada rezeki Allah.

Petikan dari email sahabat: hanafi_naimisa@ yahoo.com. my

Ustaz pun membaca petikan dari kitab kuning bertulisan jawi, "Aku mengadu kepada guruku bahawa seribu kubur sudah aku gali. Aku dapati tiada satu pun yang menghadap kiblat. Maka guruku berkata itulah petanda orang yang syak pada rezeki."

Ustaz menutup kitab itu dan mengulas lanjut, "Inilah balasan orang yang syak pada rezeki. Mayatnya nanti dipalingkan dari kiblat. Ini berlaku lebih seribu tiga ratus tahun dahulu."
Ustaz berhenti sejenak sebelum menyambung cerita, "Mari kita lihat peristiwa yang berlaku tidak sampai sebulan di Batu Caves. Seorang budak lelaki umur 18 tahun pelajar Tahfiz. Mati dalam kemalangan."

"Setelah dikebumikan, Imam bermimpi didatangi arwah memintanya mengubah mayat menghadap kiblat semula. Tiga malam berturut-turut Imam tersebut mendapat mimpi. Maka Imam itu bercerita kepada ayah arwah. Ayah budak itu pun mendapat mimpi yang sama. Kemudian ditanya pula orang yang memandikan mayat, mimpi yang sama juga."

"Tetapi urusan menggali semula kubur bukanlah mudah. Ada prosedur seperti laporan polis. Diringkaskan cerita, perkara itu dimajukan kepada Pegawai Agama JAKIM. Pegawai Agama JAKIM kesal sebab sudah 15 hari berlalu."

"Pada hari digali kubur, didapati kain kafan masih elok. Mayat masih wangi. Tiada ulat yang memakan daging mayat."

Ustaz mengulas lagi, "Inilah petanda bahawa budak ini sepanjang hidupnya dia reda dengan rezeki Allah. Tidak pernah ragu jaminan rezeki di sisi Allah. Hari ini ramai kita lihat ibu bapa apabila mahu menghantar anak ke sekolah agama, akan mempersoal; Apa kerja nanti jika belajar agama?"

"Maka tunggulah mereka ini apabila mati nanti mayat mereka berkalih dari menghadap kiblat."

Menurut ustaz lagi, mimpi berkaitan orang yang telah mati tidak perlu ditakwil sewenang-wenang melainkan dirujuk kepada orang yang alim. Kata ustaz, "Ada satu kes seorang anak bermimpi melihat ayahnya keluar dari kubur. Tanpa bertanya mana-mana guru agama, dia menggali semula kubur. Maka didapatinya keadaan mayat bapanya dalam keadaan yang menyedihkan. Jika bermimpi seperti ini, itulah petanda mayat diazab di dalam kubur."

Kesimpulan, soal rezeki janganlah kita ragu. Yakinlah bahawa rezeki suatu hal yang dijamin Allah. Kita sepanjang hidup ini dianjurkan berusaha memperoleh rezeki. Sedikit atau banyak usah dipertikai kerana itu hak Allah. "Redakah kita dengan rezeki Allah ini? Mari sama-sama kita muhasabah."

Thursday, June 24, 2010

Sponsor anak yatim di gaza

sesiapa yang berminat untuk membuat amal kebajikan serta sedekah jariah bagi membantu anak yatim di palestin, boleh layari laman web dibawah, sebar2kan pada rakan2 anda

http://aqsasyarif.com/sponsor/

TANGGUNGJAWAB MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM

Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Tahukah kamu orang yang mendustakan
agama. Maka itulah orang mengherdik A AK
YATIM dan tidak mendorong memberi makan
orang miskin.”
(Al Maun 107:1-3)

“Dan sembahlah Allah dan janganlah kalian
mempersekutukan ya dengan sesuatu apa pun.
Dan berbuatlah baik kepada kedua orang tua,
karib kerabat, A AK-A AK YATIM, orangorang
miskin, tetangga dekat dan jauh, teman
sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahaya yang
kalian miliki...”
(An-!isa 4:36)

“ Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajah
kalian kearah timur dan barat, tetapi kebajikan
itu ialah (kebajikan) orang-orang yang beriman
kepada Allah, Hari Akhir, malaikat, kitab-kitab,
dan nabi-nabi juga memberikan harta kepada
ANAK YATIM, orang miskin, orang dalam
perjalanan, peminta dan memerdekakan
sahaya…”
(Al-Baqarah 2:177)

KESENGSARAAN ANAK-ANAK YATIM PALESTIN

Sejak Palestin dijajah oleh Yahudi beribu-ribu
kanak-kanak warga Palestin menjadi yatim
lantaran bapa terkorban di medan juang atau
meninggal dunia semasa dalam tahanan rejim
Yahudi yang sangat kejam

Sekatan yang berterusan oleh Rejim Zionis
yang zalim menyebabkan ekonomi Palestin
dalam keadaan yang sangat buruk. Pihak
Berkuasa Palestin tidak berupaya untuk
membiayai A!AK YATIM yang dari hari
kesehari jumlahnya semakin meningkat
Aqsa Syarif dan Takaful For Child Welfare
telah mengenal pasti lebih 2700 A!AK YATIM
dan keluarga miskin di Palestin dan
perkhemahan sekitarnya.

Tanpa bantuan daripada individu atau
organisasi daripada negara-negara lain, ANAK
ANAK YATIM Palestin tidak akan dapat
membesar seperti kanak-kanak lain. Masa
depan mereka menjadi gelap dan tidak
terjamin.

Bantuan yang dihulurkan akan digunakan
untuk menampung keperluan A!AK-A!AK
YATIM seperti keperluan asas, kesihatan dan
pendidikan.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ANAK ANAK YATIM PALESTIN

Anda secara individu atau berkumpulan boleh
menjadi penaja kepada A!AK YATIM
Palestin.

Untuk membiayai seorang A!AK YATIM anda
secara bersendirian atau berkumpulan perlu
menyumbang USD600 untuk jangka masa
setahun atau bulanan hanya USD50.

Anda boleh menjadi penaja dengan
menghubungi AQSA SYARIF atau terus ke
alamat berikut:
AQSA SYARIF BERHAD
No 18 Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
43800 Kajang Selangor

Email: admin@aqsasyarif.com

www.aqsasyarif.com

AKAUN UNTUK SUMBANGAN:
Maybank No. 551575-004299

Tuesday, June 22, 2010

Kelebihan solat subuh berjemaah

Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

seperti biasa ku mulai bicaraku dengan hadith nabi,

"Jika kamu mahukan dunia kamu perlu ilmu, jika kamu mahukan akhirat kamu perlukan ilmu, jika kamu mahu kedua2nya kamu juga perlukan ilmu".

juga diberitakan yahudi laknatullah juga takut kiranya bilangan orang yang solat subuh berjemaah sama seperti bilangan orang yang solat jumaat. Jadi jika kita benar2 ingin melihat bahawa yahudi itu menjadi lemah serta gentar dengan umat islam marilah kita sama2 berusaha serta berdoa agar masjid2 serta surau2 dipenuhi manusia ketika subuh menjelang. Mereka (yahudi) tidak sedikit pun gentar dengan demonstrasi2 jalanan membantah tindakan mereka, sebaliknya mereka gentar dan risau dengan bilangan manusia yang solat subuh dimasjid2 serta disurau2. Marilah sahabat2 rakan2 serta pembaca2 kita berdemonstrasi di masjid2 dan surau2 diwaktu fajar hampir menjelma dengan erti kata lain kita solat subuh berjemaah. Disini bukan aku membantah usaha2 yang di anjurkan untuk melemahkan yahudi seperti berdemonstrasi serta memboikot barangan mereka, ini juga suatu usaha yang sangat murni, tetapi kecil sangat kesanya berbanding kegentaran mereka apabila masjid2 serta surau2 dipenuhi manusia di kala hening pagi (subuh). ya aku tahu ini bukan suatu kerja yang mudah untuk memastikan perkara ini terhasil kerana jika kita lihat solat2 fardhu yang lain juga bilangan jemaahnya sangat jauh berbanding dengan bilangan ketika solat jumaat. Jadi marilah sama2 kita mulai dengan diri sendiri kemudian ajak rakan2 seterusnya disebarkan keseluruh alam. Langkah yang seribu dimulai dengan langkah yang satu. Untuk mendapat motivasi bagi menjayakan misi untuk mengentarkan yahudi, dibawah antara kelebihan yang terdapat apabila kita solat subuh berjemaah.. Wallahualam

ini antara blog2 yang membicarakan kelebihan tersebut,

http://www.google.com.my/search?q=kelebihan+solat+subuh+berjemaah&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a

http://hady-83.blogspot.com/2010/01/kelebihan-solat-subuh-berjemaah.html

http://anjangdahar.blogspot.com/2009/05/keistimewaan-subuh.html

http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/26/kelebihan-solat-subuh-berjemaah/

Thursday, June 17, 2010

3 orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh allah

1. seorang mujahid yg selalu memperjuangkan agama allah
2.Seorang penulis yg selalu memberi penawar
3.Seorang yg menikah untuk menjaga kehormatannya
( hadith riwayat tabarani)

Point kedua tidak berapa difahami, ada sesiapa yang sudi buat huraian yg jels berkenaan point kedua???

Tuesday, June 15, 2010

Lelaki calon syurga

Dengan nama allah yg maha pengasih lagi maha penyanyang

ku mulai bicara dengan hadith nabi

"Jika kamu mahukan dunia kamu perlu ilmu, jika kamu mahukan akhirat kamu perlukan ilmu, jika kamu mahu kedua2nya kamu juga perlukan ilmu"

moga ia menjadi peringatan buat kalian dan diri yg menulis, sesungguhnya dengan ilmu sahaja yg dapat menjadi peringatan kepada diri kita agar tidak berbuat kemungkaran dimasa kita bersendirain atau ketika kita dikhalayak ramai..

Suatu hari nabi telah menceritakan kepada sahabat2 semasa didalam masjid, "wahai sahabat hendakkah kamu aku tunjukkan kepadamu lelaki calon syurga?"

" katakanlah wahai rasullulah" kata sahabat2

ketika kemudian masuklah seorang lelaki kedalam masjid tersebut dan bersembahyang, maka kata nabi " itulah lelaki calon syurga"

keesokan harinya nabi memberitahu lagi bahawa lelaki yg akan memasuki masjid sebentar lagi juga adalah calon syurga"

sahabat tertunggu2, kemudian masuklah seorang lelaki kedalam masjid dan mereka mendapati lelaki itu adalah lelaki yang dinyatakan oleh rasullulah adalah calon syurga pada hari sebelumnya.

kemudian ibnu umar (anak saidina umar) bersemangat untuk mengetahui apakah amalan lelaki terbabik sehingga rasullulah menyatakan beliau adalah calon syurga. Kemudian ibnu umar kerumah lelaki terbabit dan telah bermalam olehnya dirumah lelaki terbabit selama 3 hari berturut2. Pada malam pertamanya ibnu umar berpura2 tidur kerana ingin mengetahui apakah amalan yg melayakkan lelaki terbabit ke syurga allah, tetapi pada malam tersebut sahabat tidak nampak lelaki terbabit bangun malam atau sebagainya bekiamullai dan beribadat kepada allah. Begitu juga dengan hari kedua serta hari ketiga. Amalan lelaki terbabit hanyalah amalan biasa, iatu solat fardhu dan tiada amalan tambahan atau amalan sunat yg lain yang hebat2.

Ibnu umar sangat kehairanan mengapa rasullulah menyatakan lelaki terbabit calon syurga. Jadi untuk menghilangkan kerungsingannya ibnu umar bertanya kepada lelaki tersebut.
" apakah amalan yang kamu lakukan sehingga kamu dikatakan calon syurga oleh rasullulah"

" sahabat turut kehairanan dan memikirkannya, beliau tidak ada melakukan amalan2 yg hebat macam ahli2 ibadat or ahli sufi yang lain" cuma beliau menyatakan bahawa setiap malam beliau akan memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidor" tidak iri-hati serta tidak hasad dengki kepada orang lain. "Itu sahaja yg aku lakukan" kata sahabat tersebut

Marilah kita sama-sama menghayati kisah tersebut agar silaturahim antara kita akan terjaga. moga sama-sama kita merasai nikmat syurga dan terhindar dari azab kubur, azab neraka serta kesusahan dipadang masyar kelak..

Ingatlah wahai kalian, mati itu benar, persoalan kubur dan neraka itu benar, sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang mengigati mati, jadi sama-samalah kita menjadi orang yang bijak..

wallahualam

p/s: andai huraian dan fakta adalah salah mohon teguran dari yang membaca, moga sama-sama kita memperbaiki antara satu sama lain

Tuesday, June 8, 2010

Sahabat sejati

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

dan dia (Allah) yg mempersatukan hati mereka (orang yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. sunguh dia mahaperkasa mahabijaksana (surah Al-anfal 8:63)

hayati dengan lelehan air mata

to my sahabat, bakal PM yg ke.. insyallah

huhu, kawan dgn bakal PM

wallahualam

Saturday, June 5, 2010

Perkongsian bersama Relawan LL4G yang baru dibebaskan

Dipetik dari email (rayna_1005@yahoo.com)

Penyampaian perkongsian yang menghidupkan jiwa. Tinggal kita, apakah kita mengambil pengajaran daripadanya?


Allah izin, flight saya dari Abu Dhabi ke KLIA telah di’delay’kan.

Maka, saya terpusing-pusing di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi di Emeriah Arab Bersatu ini. Berjalan sana sini dengan Usamah dan Syazwan hingga kepenatan. Kapal Terbang yang sepatutnya berlepas pada pukul 2 pagi, kini dijangka hanya akan berlepas pada pukul 7.30 pagi. Lama kami menebeng sampai kini Usamah dah tertidur di sebelah saya.

Saya pula tak boleh tidur. Sebab rasa macam Malaysia dah ada di sebelah saya sahaja.

Jadi, masa tengah tak buat apa-apa, teringat pula akan sambungan perkongsian relawan Ll4G. Maka pantas saya siapkannya. Tambahan, saya kena serahkannya sebagai laporan kepada Team Lifeline4Gaza Irbid yang akan diwujudkan nanti.

Jadi, inilah dia perkongsiannya. Perkongsian daripada Ustaz Jamaluddin Ilyas dan Aswad Astro Awani. Perkongsian rasa oleh Dr Syed Muhammad Halim, tambahan daripada yang sebelumnya dan penggulungan olehnya.

Siap ada soal-jawab lagi. Encik Muhammad Nizam menyertai soal jawab ini.

Jom baca dan mengambil manfaat!

Ustaz Jamaluddin yang ceria dan bersemangat.

Ustaz Jamaluddin yang ceria dan bersemangat.

Perkongsian Ustaz Haji Jamaluddin Ilyas.

Perkongsian telah diteruskan oleh Tuan Haji Jamaluddin Ilyas daripada Yayasan Amal. Beliau kelihatan sangat bersemangat, berucap dalam keadaan berdiri.Katanya, beliau berdiri untuk melihat wajah-wajah ‘pengganti’ beliau. Beliau menyatakan bahawa mereka tidak mahu digelar mereka ‘wira’. Dia yang memakai kot menyatakan betapa kot itu baru dibelinya semalam untuk urusan protokol. Beliau menceritakan betapa beliau keluar dari penjara Israel dengan memakai baju banduan, dan beliau mencintai baju tersebut. Azam beliau, baju itu akan disimpan dengan baik, menjadi bahan cerita kepada masyarakat Malaysia nanti.

Beliau menyatakan bahawa Yayasan Amal sudah tiga kali menyertai misi bantuan ke Gaza. Kali pertama semasa di bulan januari. Kemudian sebelum LL4G, beliau telah datang sekali lagi. Kali ketiganya adalah sekwatu LL4G. Beliau diarahkan oleh Wisma Putra untuk pergi memberikan bantuan daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah dapat mengumpulkan 14.5juta ringgit dan Yayasan amal diberikan tugas bersama Haluan, untuk membuat projek pam air di Gaza. Banyak negeri juga telah memberikan bantuan dan sumbangan, terutama dengan derma ketika ceramah-ceramah Palestin.

Namun malangnya, duit yang beliau pegang telah hilang di atas kapal semasa tentera Israel menyerang.

Beliau menceritakan pengalamannya menaiki Mavi Marmara. Beliau bercanda bahawa wujudnya rakyat Malaysia dan Indonesia menyebabkan ada yang menggelar mereka sebagai Malindo. Ahli konvoi dari Malaysia pada awalnya hanya 11 orang. Kemudian apabila ada sebuah kapal rosak dan ingin dibawa pulang, ahli kapal yang rosak itu telah menaiki Mavi Marmara. Terdapat seorang warga Malaysia bersama mereka. Ini menjadikan bilangan ahli konvoi dari Malaysia sebanyak 12 orang.

Cerita beliau, suasana di atas kapal sangat menyeronokkan dengan pengisian dari pelbagai bahasa. Dari masa ke semasa, ada sahaja lontaran peringatan dan tazkirah yang diberikan bagi menguatkan jiwa dan meningkatkan kefahaman. Di atas kapal, ada banyak masa dengan Al-quran, dan melakukan ibadah. Mereka juga diberikan motivasi secara haraki agar mampu bersedia untuk menerima apa sahaja keadaan yang akan berlaku. Mereka juga diarahkan untuk beriadhah di atas kapal dengan berjongging mengelilingi Mavi Marmara bagi memastikan tubuh sihat dan mudah untuk melakukan kerja.

Kebanyakan komunikasi di atas kapal menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tetapi ada juga ahli kapal yang tidak mampu berbicara selain dari bahasa ibunda mereka sendiri. Ustaz Jamaluddin sempat bercanda dengan berkata: “Kalau mereka tak reti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, ana sembang jawa aja dengan mereka” dan canda beliau disambut tawa hadirin.

Beliau menceritakan bahawa pada 30hb, jadual awalnya adalah untuk bergerak pada pukul 6 petang. Mereka telah diarahkan untuk menjaga kapal di dek ke-3. Ustaz Jamaluddin telah menjadi pengawal yang menjaga pintu masuk agar sesiapa sahaja yang ingin memasuki kapal akan terpaksa melalui mereka terlebih dahulu. Semua orang arab diberikan mask sebagai persediaan berhadapan ddengan bom gas askar Israel. Namun, untuk ‘geng malindo’ kata Ustaz Jamaluddin, hanya diberikan satu mask sahaja. Yang memakainya adalah Ustaz Jamaluddin.

Ustaz Jamaluddin menceritakan detik permulaan konfrontasi antara mereka dengan tentera Israel. Ceritanya, bermula pada pukul 11-12 malam, mereka sudah mula melihat lampu yang lain dari lain dari kejauhan. Ahli konvoi amat mengenali kapal konvoi yang lain, tetapi cahaya tadi lain dari kapal konvoi. Dari situ sudah diketahui bahawa itu bukan kapal milik mereka. Selepas itu juga, sudah mula kelihatan lampu daripada helikopter dari kejauhan.

Sekitar pukul 3 pagi, kedengaran ahli kapal bertakbir. Ikan lumba-lumba rupanya telah mendekati kapal mereka. Seakan-akan memberikan petanda bahawa sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama selepas itu. Ketika masuk waktu subuh, azan telah dilaungkan dengan sekuat mungkin. Apabila tamat sahaja azan, mereka melakukan Solat Subuh. Sempat Ustaz jamaluddin menyatakan bahawa, mereka terlah terdidik agar setiap apa pun yang mereka lakukan, mereka mestilah berada dalam keadaan berwudhu’. Mereka beramal dengan penuh kemas. Hatta Solat Dhuha juga diperingatkan.

Sebaik sahaja mereka tamat melakukan Solat Subuh, telah kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat. Namun cerita Ustaz Jamaluddin, Allah tidak memberikan kegentaran pun dalam diri mereka. Mereka tidak panik. Semua menjaga posisi masing-masing sebagaimana yang telah dilatih. Mereka bergerak kemas mempertahankan kapal daripada Israel. Haji Jamaluddin mengutip bom-bom gas dan membaling keluar. Allah telah menghantar pula angin yang kuat, meniup gas pemedih mata dari memberikan kesan kepada ahli kapal. Selepas itu, tentera Israel mula merapati ahli konvvoi dari Malaysia. Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa mereka mempertahankan diri dengan membaling botol air. Atas kuasa Allah, menurut Ustaz Jamaluddin, tentera Israel lari menjauhi mereka.

Tidak berapa lama kemudian, Israel mula menembak dengan peluruh getah. Tetapi ahli kapal tetap bermati-matian mempertahankan kapal. Tetapi semua ahli konvoi telah dipesan dan diperingatkan agar tidak sesekali membunuh.

Selepas beberapa minit, helikopter pertama datang. Menyuluh spotlight dari atas. Dua komando turun. Relawan Turki dengan berani telah menangkap komando yang pertama, membuang senjatanya. Tidak berniat bergaduh. Tetapi apabila komando kedua turun, dia mula menembak dengan peluru hidup. Itulah mulanya syahid yang pertama di atas kapal. Tetapi tetap mereka tidak takut kerana mereka memang telah bersedia untuk syahid.

Tiga orang Malaysia telah ditembak dengan peluru getah. Ustaz Hasanuddin, Halim dari muslimcare dan dirinya sendiri. Akhirnya selepas itu, dalam masa yang sebentar sahaja, ada pengumuman dibuat oleh kapten kapal menyatakan bahawa kapal telah ditawan. Ketika itu grup tentera Israel telah mula memenuhi kapal. Mereka diarahkan untuk duduk diam.

Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa, Dr Arba’ie sempat mencium tiga dari yang gugur pada pagi berdarah itu. Dr Arba’ie telah memberitahu beliau bahawa ada bau kasturi yang harum keluar daripada tubuh mereka yang telah terbunuh itu.

Ustaz Jamaluddin dengan penuh bersemangat bercerita lagi bahawa Dr Syed Muhammad Halim telah meminta tentera israel agar menyelamatkan orang yang cedera parah. Tetapi tentera Israel menyebut : “Ini laut antarabangsa. Tiada tempat untuk dihantar.” Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa ini lautan Antarabangsa, tetapi tetap serangan mereka lancarkan juga.

Ustaz Jamaluddin menyatakan kesayuannya kerana antara yang gugur itu adalah yang telah mula dirapatinya semasa di atas kapal sebelum ini.

Saudara Aswad dari Astro Awani

Saudara Aswad dari Astro Awani

Perkongsian Aswad Astro Awani

Selepas penceritaan penuh semangat oleh Ustaz Jamaluddin, saudara Aswad dari Astro Awani pula mengambil alih majlis.

Beliau menceritakan bahawa penyertaannya menjadi ahli konvoi adalah kerana dijemput oleh Aqsa Syarif. Peranannya yang utama adalah untuk menyampaikan mesej-mesej penting daripada konvoi Misi Bantuan ke Gaza itu. Hal ini kerana, di Malaysia, saluran Astro di dalamnya mempunyai media-media barat juga yang menyebelahi oleh kuasa barat. Maka peranan wartawan sepertinya, yang berada di tengah medan adalah untuk mengimbangi perkara tersebut agar kebenaran tidak tertanam oleh kebatilan.

Saudara Aswad menyatakan betapa di Malaysia, biasanya yang menjadi rujukan masyarakat adalah media-media barat. Maka Saudara Aswad merasakan betapa pentingnya peranannya dalam memberikan maklumat yang tepat dan sohih, terus langsung daripada ahli konvoi itu sendiri, kepada masyarakat yang mengikuti.

Dalam sepanjang perjalanan konvoi, Saudara Aswad menceritakan bahawa mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menjadikan peranannya tadi satu realiti. Bagi wartawan, beberapa masalah utama adalah antaranya fasa menyampaikan maklumat untuk meredakan kegusaran penonton yang mengikuti perjalanan Konvoi. Kedua, untuk memastikan bahawa mereka sentiasa menyampaikan mesej-mesej yang sebenar, terus langsung dari kapal. Bukan dari khabar angin. Mereka telah ditetapkan untuk berlangsung dua kali sehari. Setiap kali bersiaran, maka Saudara Aswad akan berusaha menyampaikan intipati peristiwa yang berlaku di atas kapal.

Beliau menyatakan bahawa, antara perkara positif dalam hal ini yang boleh menjadi kekuatan adalah orang islam berkongsi isu sentimen Palestin dan apa-apa yang berlaku di sana.

Saudara Aswad juga menyatakan bahawa mereka berhadapan dengan Perang Psikologi daripada pihak-pihak yang ingin memberikan imej buruk kepada perjalanan misi bantuan keamanan ini. Israel dan konco-konconya setiasa akan berusaha melobi media untuk mencucuk dunia agar percara bahawa kapal itu membawa sesuatu yang buruk. Maka tugasnya sebagai wakil media adalah untuk membersihkan tohmahan sedemikian dengan membawa berita-berita yang benar.

Saudara Aswad menceritakan bahawa ahli konvoi yang paling muda di atas kapal adalah berumur 8 bulan. Maka di sini adalah bukti betapa flotilla misi bantuan ke Gaza hanyalah untuk membawa bantuan bukan keganasan.

Pada hari terakhir mereka bersiaran langsung, Saudara Aswad menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mendepani segala kemungkinan. Mereka faham bahawa mereka berhadapan dengan manusia berjiwa zionis. Namun Saudara Aswad berkata, walaupun menyatakan telah berusaha untuk bersedia, ternyata bila di alam medan sebenar, persediaan itu nyata tidak cukup mana. Israel nyata lebih kasar, lebih tidak berperi kemanusiaan dari yang dijangka.

Saudara Aswad memberitahu bahawa kerjanyaa adalah untuk membidas semua pandangan media barat akan hal mereka. Beliau sempat menghantar email kepada barisan editor di Awani, menyatakan bahawa kapal mereka telah dikepung. Aswad yang berada di belakang dek sempat melihat kapal israel mendekati mereka.

Keesokan harinya tiada berita daripada Saudara Aswad kerana mereka telah ditawan. Saudara Aswad menceritakan pengalamannya semasa tragedi ngeri itu berlaku. Katanya, semasa peperangan, wartawan bebas bergerak ke mana-mana untuk menangkap semua keadaan yang pastinya tidak akan disiarkan di CNN. CNN hanya akan menunjukkan video-video yang pro kepada Israel. Apabila ahli kapal semuanya telah menyerah, bahan-bahan rakaman seperti sd card, tape kamera, semuanya telah dirampas dan dimusnahkan bagi mengelak mesej-mesej itu disiarkan untuk menekan Israel.

Saudara Aswad sempat menyatakan akan pentingnya agar diwujudkan penyatuan masyarakat sivil. Apa yang berlaku di atas kapal flotilla, penyatuan masyarakat sivil adalah lebih daripada 50 buah negara. Di dalam mana-mana pun peperangan, Israel akan menggunakan PRuntuk mengawal mesej yang disampaikan bagi mengelirukan maklumat yang sebenarnya. Namun apabila wujudnya penyatuan sivil, Israel telah berhadapan lebih dari 60 buah negara yang telah menyiarkan realiti fakta keadaan. Bahkan semua pandangan mempunyai akurasi dan kekonsistenan menunjukkan ianya benar tepat.

Akhirnya Israel tersepit dalam mencari cara untuk membidas dan memusingkan fakta yang benar. Fakta benar daripada 50 buah yang konsisten membuatkan dunia melihat perkara ini sebagai penting dan benar. Tetapi, kekurangan dalam hal ini adalah, kerajaan-kerajaan yang masih dikuasi oleh zionis akan menyebabkan perkara ini tidak mampu menunjukkan hasilnya ke tahapnya yang maksimum. Maka, Saudara Aswad menegaskan bahawa penyatuan masyarakat sivil adalah perkara yang mesti diusahakan.

Wartawan semestinya akan berusaha menyampaikan isu secara tepat dan padat. Mesej yang hendak disampaikan adalah kesedaran betapa kedamaian di Malaysia ini, kadangkala membuatkan kita alpa betapa ada negara yang menderita.

Encik Muhammad Nizam menjawab soalan.

Encik Muhammad Nizam menjawab soalan.

Soal Jawab

Selepas tamat perkongsian daripada Saudara Aswad, sesi soal jawab pula dimulakan.

Soalan 1: 10 ribu tan barang kemanusiaan, ke mana perginya? Difahamkan di dalam berita, Mavi Marmara telah dikosongkan.

Soalan 2: 12 orang relawan, bagaimana perkembangan baki lima orang?

Soalan 3: Setelah gagalnya misi kita kali ini, apakah ada misi akan datang akan berjaya? Atau hanya akan menerima nasib yang sebegini? Atau mungkin akan ubah taktik penghantaran?

Jawapan dijawab oleh Encik Muhammad Nizam daripada Haluan, beliau bertanggungjawab dari segi media. Beliau jua dipertanggungjawabk an untuk menghantar berita ke Akhbar Sinar dan radio IKIM.

Encik Muhammad Nizam menyatakan bahawa barangan yang dibawa 10 ribu tan, dari segi status sebenarnya, tiada maklumat yang sohih berlaku kepada barangan itu. Cumanya, usaha mereka adalah dari pihak IHH sendiri. InsyaAllah, pihak kerajaan Turki akan berusaha mendapatkan semula barang-barang tadi. Hakikatnya, sebelum bergerak sekalipun, Israel telah mengugut untuk merampas barang dan mereka menyatakan akan memberikannya kepada PBB untuk diberikan kepada Gaza.

Tetapi Israel langsung tidak boleh diprcayai berdasarkan apa yang pernah berlaku dahulu. Encik Muhammad Nizam menyatakan bahawa mereka akan ke Istanbul pada 4hb Julai 2010 untuk perbincangan akan situasi barang bantuan.

Khabar akan baki, semuanya sihat. Encik Muhammad Nizam sempat bercanda bahawa ahli konvoi yang paling kritikal pun adalah Haji Jamaluddin kerana ditembak peluru getah. Kumpulan Malaysia hakikatnya dipertanggungjawabk an menjaga tingkat dua. Kawasan itu kurang kritikal meyebabkan semua ralawan malaysia selamat.

Pada Encik Muhammad NIzam, misi LL4G tidak pernah gagal. Mungkin dari segi misi hendak memberikan bantuan barangan mungkin belum tercapai. Tetapi bantuan ke Gaza akan sampai juga dalam bentuk-bentuk yang lain. Hakikatnya, mereka telah mendapat kejayaan yang besar, kerana daripada persitiwa inilah dunia telah tersentak dengan hebatnya. Hakikatnya, kesyahidan itu adalah bayaran untuk kesedaran dunia.

Teruja dengan respon, pelajar-pelajar yang hadir terus menyoal lagi.

Soalan 4: Israel sekarang telah melakukan fokus terhadap isu bahawa jika IHH ini benar membawa keamanan, maka mengapa askarnyadiserang. Sekarang ini dikatakan bahawa, kalau benar aman, kenapa ada penentangan semula? Kedua kenapa tetap menentang semula walaupun sudah diketahui bahawa mereka berhadapan dengan askar komando? Kenapa jika tiada perkara sensitif yang dibawa, mengapa mesti takut diperiksa Israel? Berikut adalah persoalan yang media pro Israel cuba timbulkan. Jadi bagaimana pandangan relawan akan hal ini?

Soalan 5: Kerajaan Turki dikatakan hendak menghantar tentera laut untuk mengiringi konvoi, maka realitinya bagaimana? Dirasakan bahawa gerakan ketenteraan lah yang akan membawa kesan yang sebenarnya.

Soalan 6: Benarkah seperti pendapat Syeikh Raid, apakah benar akan berlaku intifada yang ke-3?

Soalan 7: Berkaitan dengan NGO palestin di Malaysia, dengarnya ada program khas di mana rakyat malaysia mampu memberikan sumbangan kepada anak yatim palestin secara berterusan, ada anak-anak kecil boleh dijadikan anak angkat, mereka boleh dijadikan sebagai keluarga angkat, adakah benar ada? Jika ada tolong dedahkan agar ada bantuan boleh diberikan.

Soalan 8: Berapakah lagi aktivitis yang masih tertinggal di penjara israel? Dan bagaimana layanan berada di dalam penjara?

Soalan 9: apabila mengikuti perkembangan, kita akan mengikuti Al-Jazeera dan BBC serta media lain. Di BBC mereka akan membuat propaganda bagi menghalalkan tinakan Israel. Katanya, tanpa bantuan dari luar pun Gaza telah mampu menghasilkan misil. Maka, apatah lagi apabila ada bantuan, pastinya akan lebih teruk. Maka mereka sebenarnya ingin menyekatnya dari awal. Sebab itu dilakukan pengepungan dengan tembok kematian

Soalan 10: Dikatakan bahawa, mengikut peraturan dunia, blockade adalah dibenarkan di Gaza. Adakah benar?

Soalan 11: Kalau konvoi diserang di dalam kawasan perairan Gaza, bagaimana?

Ustaz Jamal bangkit menjawab. Beliau menyatakan bahawa, senjata yang ada di dalam kapal pun adalah pisau. Pisau itu pula bukannya dipegang oleh ahli konvoi, tetapi hanya diletakkan di dapur untuk memotong sayur. Kini, media hendak memofkuskan betapa pisau sayur itu digunakan untuk menentang askar Israel. Sedangkan, tak masuk akal untuk menentang sniper dan lain-lain senjata hebat dengan pisau pemotong sayur. Dan kalau ditanya kenapa bawa pisau, Ustaz Jamaluddin menjawab dengan canda: “Takkan nak makan sayur dengan buah gitu aja tanpa potong? Nak masak macam mana? Pakai lah akal tu sikit”

Antara bukti lain bahawa relawan tidak berniat menentang adalah, mereka telah merampas senjata komando yang pertama. Maka jika benar henda menentang, maka mereka akan tembak semula. Tetapi senjata itu dibuang, bukan digunakan untuk menyerang askar semula. Maka itu menunjukkan bahawa semua ahli konvoi hanya hendakkan keamanan. Polisi sedemikian itu dibuat, adalah untuk mengumumkan kepada dunia bahawa konvoi itu datang dengan aman, untuk beri bantuan sahaja. Kalau benar hendak perang, maka mereka tidak akan bawa budak kecil umur 8 bulan dan orang tua umur lebih dari 80.

Berkenaan kenyataan BBC, beliau menyatakan bahawa apabila media itu tidak menyokong Islam, maka ia akan berusaha dengan apa cara pun untuk mengutuk Islam. Namun Allah Maha Besar. Al-Jazeera punya media dihadang.Satetlitny a diganggu dari mendapat rakaman secara LIVE semasa tragedi itu berlaku. Tetapi media Turki mereka tidak berjaya tutup kerana mereka terlupa. Di dalam kapal Mavi Marmara, terdapat banyak kamera tersembunyi yang merakamkan semua kejadian itu. Video-video inilah yang akhirnya membuka keadaan sebenar akan apa yang dilakukan oleh Israel.

Berkenaan soalan jika perkara ini berlaku di perairan Gaza pula, Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa, rancangan asal mereka adalah mereka akan berhenti di sempadan. Kalau tak dibenarkan, mereka akan duduk di sempadan perairan Gaza selama mana bekalan makanan bertahan. Sekiranya habis makanan, bantuan makanan akan diatur untuk datang agar mereka boleh terus menunjukkan protes. Mereka hakikatnya tidak tahu berapa bulan hendak berada di atas laut. Tetapi penyusunan Allah itu sangat baik dan cantik. Allah susun mereka diserang, dan ia nampaknya lebih membuka mata dunia dari rancangan asal. Hakikatnya, mereka tidak akan merentasi sempadan Gaza tanpa kebenaran agar tidak ada konsikuensi yang buruk.

Selepas Ustaz Jamaluddin menjawab, Encik Muhammad Nizam pula menjawab berkenaan penglibatan tentera laut Turki. Jawapannya adalah tiada ketenteraan. Kerana IHH tidak membenarkannya. Hatta apabila MT-MT Turki hendak menyertai konvoi ini, IHH tidak membenarkan juga. Hal ini kerana IHH tidak mahu Israel mendakwa ianya adalah konvoi Kerajaan Turki.

Berkenaan intifada ke-3, mereka sempat bersama dengan Syeikh Raid mendengar penyampaiannya yang hebat di atas kapal. Encik Muhammad Nizam memberitahu bahawa jika ada yang berhajat untukmendengarnya, bolehlah ke hidayatullah. com.

Tetapi, sepanjang penyampaian Sheikh Raid itu, tiada pula disebut berkenaan intifada yang ke-3. Yang disebut adalah nakbah yang ke-2. Semasa 1948, Israel berusaha menghapuskan semua penduduk Palestin. Itu nakbah yang pertama. Yang dimaksudkan dengan Nakbah Kedua adalah, kini Israel berusaha menghapuskan generasi pelarian 1948. Maka Syeikh Raid berkata, mungkin akan berlaku nakbah yang ke-2 jika hal itu berlaku.

Dari segi mangsa yang masih tinggal di penjara, Encik Muhammad Nizam menyatakan sebenarnya mereka pun tidak ada berita berkenaannya yang sohih. Mereka pun baru berjaya keluar dari Israel. Mereka sangka, mereka akan duduk di penjara sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka dirisaukan dengan ketiadaan kedutaan Malaysia di Israel.

Buat masa ini, komunikasi dengan penganjur utama, yakni IHH juga masih belum mampu dilakukan. Mereka akan ke Istanbul pada 4hb 6 2010 untuk dapatkan maklumat lanjut. Tetapi yang pasti, masih ada 3 orang lagi di hospital Israel. Dan kerajaan Turki bekeras untuk mengambil mereka.

Encik Muhammad Nizam juga memberitahu bahawa terdapat dua orang relawan dari Indonesia adalah cedera parah. Seorang ditembak pada dada, manakala seorang lagi dari tangan dan menembus mengenai bahu.

Selepas itu, Ustaz Hasanuddin pula menjawab bahawa kapal itu membawa misikedamaian. Kalau peperangan, peperangan yang dilakukan hanyalah perang media. Untuk membuka mata dunia. Ini diambil pengajarannya dalam sirah Peristiwa Hudaibiyah yang apabila Rasulullah datang dengan ihram tanpa menghunus senjata.

Ustaz Hasanuddin juga menyatakan betapa di dalam penjara Israel, sangat teruk dan buruk sekali layanannya. Sehingga ada ulama’ telah buta akibat seksaan mereka. Namun, apabila berlaku peristiwa serangan Israel ke atas bantuan keamanan Flotilla, penjara yang diberikan adalah penjara baru, yang selesa, bersama semua peralatan yang baru. Itu semua adalah untuk mengabui mata dunia, menyatakan Israel bukanlah pengganas.

Ustaz Hasanuddin juga menjawab berkenaan hal anak yatim Palestin. Dia berkata bahawa buat masa ini, Aqsa Syarif telah menerima kepercayaan sebagai wakil untuk menguruskan anak yatim di Palestin. Urusan keluarga yag dipenjara oleh Israel, maka ada persatuan dari Wafrah, Lubnan yang telah melantik Aqsa Syarif untuk menguruskannya. Maka, bantuan boleh disalurkan dengan membantu Aqsa Syarif dalam hal tersebut.

Dr Syed Muhammad Halim pula menyambung dengan menyatakan berkenaan pembinaan misil di Gaza.

Beliau berkata bahawa itu satu soalan helah yang dikenakan kepada masyarakat oleh media yang pro Israel. Maka jawapannya adalah, apakah patut hukuman dilaksanakan kepada seluruh rakyat? Jika benar pun hendak menyalahkan Hamas yang berjuang, mengapa tidak hanya pelaku kesalahan sahaja dihukum? Persoalan sekarang, mengapa rakyat biasa juga menjadi mangsa?

Dr Syed Muhammad Halim juga menjawab berkenaan rancangan merentas ke Gaza. Hakikatnya memang tiada plan untuk merentasi sempadan Gaza. Rancangan asalnya adalah, di sempadan Gaza, mereka akan berperang media agar berpuluh-puluh kapal lagi menyertai mereka memberikan tekanan hinggalah mereka dibenarkan memasuki Gaza dengan aman. Hatta kalau terpaksa merentasi perairan Gaza dan ditembak oleh Israel, maka itu adalah kemenangan di pihak Konvoi dan membuktikan kegagalan Israel.

Perkongsian daripada Dr Syed Muhammad Halim lagi

Sempat Dr Syed Muhammad Halim menceritaka keadaan apabila konvoi diserang oleh tentera Israel. Hakikatnya, Mavi Marmara adalah yang terakhir ditawan. Jika benar Israel hendak bertindak, maka sepatutnya amaran diberikan terlebih dahulu. Atau sekadar menarik Kapal Mavi Marmara untuk diberikan hukuman. Tetapi mereka nampaknya telah tergesa-gesa dengan melakukan tindakan menyerang. Itulah susunan Allah yang cantik. Akhirnya kecaman diberikan oleh seluruh dunia. Syahid, dibayar oleh Allah dalam keadaan yang cantik sekali.

Dr Syed Muhammad Halim juga menceritakan hal di penjara. Dia menyatakan bahawa, apabila mereka diberikan penjara baru yang bersih dan selesa, mereka juga diberikan surat perjanjian untuk dibebaskan cepat. Ini baginya menghairankan. Sepatutnya jika benar mereka bersalah, maka mereka sepatunya dibicarakan dan dihukum atau didenda. Tetapi mereka ditawarkan untuk mentandatangani perjanjian untuk dibebaskan awal. Tetapi tiada yang mentandatangani. Ini tanda bahawa Israel telah ditekan oleh Amerika sendiri.

Tindakan mereka tidak dapat diterima oleh seluruh dunia.

Kehangatan program ini membuatkan masanya ditambah lagi walaupun sudah mendekati waktu Maghrib. Program yang dicadangkan berhenti pada pukul 7 malam, telah dipanjangkan untuk berhenti pada pukul 7.30 malam.

Perkongsian kisah ditawan, dan di dalam penjara oleh Ustaz Jamaluddin

Ustaz Jamaluddin bangkit lagi dan kini menceritakan pengalamannya di dalam penjara.

Beliau bermula dengan menceritakan akan keadaan mereka setelah Israel berjaaya menawan kapal. Mereka telah diikat dengan kasar ke belakang. Kesakitannya masih dirasai. Ada anggota tangan yang masih terasa kebas sehingga waktu mereka memberikan penyampaian hari ini. Ustaz Hasanuddin antara yang pertama diikat dan dia telah digelar sebagai teroris. Ustaz Hasanuddin dipijak banyak kali. Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa dia duduk di sebelah orang Jordan. Orang jordan itu bising memprotes tindakan askar Israel. Akhirnya, bersama dengan orang Jordan itu, Ustaz Jamal juga diikat sama dan ditendang. Ustaz Jamaluddin bercanda: “Askar Israel itu tak dapat beza muka jawa ana dengan muka Jordan orang sebelah ana”

Saudara Noorazman disepak juga. Tetapi kata Ustaz Jamaluddin, kesakitan langsung tidak dirasai oleh mereka. Semua itu adalah nikmat Allah SWT.

Apabila ahli kapal telah dikumpulkan semua, kaki mereka dilipat duduk dengan tangan diikat ke belakang. Mereka berrada dalam keadaan sedmikian lebih dari dua jam. Ustaz Jamaluddin mengakui bahawa ianya sangat menyeksakan. Darah tak berjalan. Mereka tidak diberikan apa-apa untuk mengisi perut. Maka mereka berniat untuk berpuasa.

Kemudian mereka dihantar ke dek depan. Mereka dibawa ke kapal. Waktu ini cukup seksa kerana ada yang rasa hendak ke tandas tetapi tidak diendahkan. Ramai yang terkencing di tempat mana mereka diikat. Bab solat, ada yang dibenarkan, ada pula yang tidak dibenarkan. Tetapi semuanya melaksanakan solat dalam apa keadaan sekalipun.

Daripada dek itu, walaupun mereka berpuasa, Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa mereka tetap tidak merasa lapar. Allah telah memberikan mereka kekuatan. Bila diberi makan, mereka makan. Berkongsi air dan biskut dalam mereka kuantitinya ramai. Ini pengajaran yang terbesar, kesatuan yang tinggi.

Apabila mereka telah masuk ke penjara di Israel, masing-masing ada pengalaman tersendiri. Seorang kameraman telah dituduh untuk menembak askar Israel apabila dia menalakan video kameranya ke arah mereka.

Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa dapatlah dia merasa makanan dalam penjara. Mereka diberikan makan nasi, ikan dan sayur. Ada juga yang diberi daging, tetapi tiada yang makan kerana tak tahu siapa yang masak dan bagaimana askar israel memasaknya.

Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa, pada awalnya, dia langsung tidak dapat bersembang dengan rakan sepenjaranya kerana semuanya dari Turki. Akhirnya ada orang dari Macedonia boleh bersembang dalam bahasa inggeris, mereka duduk bersama-sama dan bersembang mengisi masa. Ustaz Jamaluddin menyatakan betapa mereka tidak bersedih walau dalam penjara. Mereka sentiasa ceria. Bahkan ada yang bercanda.

Ketika di dalam penjara, Ustaz Jamalauddin menceritakan bahawa mereka diberikan barang-barang keperluan hidup. Solat dibenarkan. Makan pun dihidang sendiri. Tentera Israel tidak menganggu mereka kerana telah mendapat tekanan dunia.

Kemudian, tidak lama selepas itu, wakil dari Jordan datang untuk membebaskan Malaysia dan Indonesia. Walaupun dibebaskan sangat awal, Ustaz Jamaluddin menyatakan betapa dia tetap rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lain. Ustaz Jamaluddin juga menyatakan bahawa, duduk bertahun-tahun lagi di dalam penjara pun dia sanggup.

Sangkanya apabila dikeluarkan dari penjara, dia terus bebas. Tetapi rupanya bila keluar, dia telah dimasukkan ke dalam bilik kecil. Duduk 4-5 jam dalam keadaan panas. Sehingga lah mereka menaiki van yang kemudiannya membawa mereka ke sempadan Jordan.

Ustaz Jamaluddin mengakhiri perkongsiannya dengan harapan bahawa, bermula dengan penyekasaan mereka ini, harapnya ummat Islam menjadi lebih kuat. Mereka menyatakan bahawa mereka semua insyaAllah bercadang hendak membuat buku dan keuntungannya akan diberikan kepada Gaza.

Ucapan Ustaz Sulaiman

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Sulaiman, Pengarah Malaysian Student Department di Amman, Irbid.

Ustaz Sulaiman menyatakan apa usaha yang telah dilakukan kedutaan malaysia di Jordan dalam isu perlepasan taawanan. Mereka hakikatnya telah berbincang berkenaan apa yang boleh digunakan untuk membantu warga Malaysia yang ditawan. Ia menjadi lebih menarik perhatian kerana dikatakan ada yang mati. Ditolaj oleh risau, maka sebelum mendapat arahan lagi, tindakan yang berkaitan telah diambil. Mencari saluran untuk membantu tawanan agar dibawa ke Jordan.

Hubungan dengan rapat antara Jordan dan Malaysia sedikit sebanyak membantu usaha ini berjalan dengan lancar. Semua itu dilakukan untuk memastikan mereka boleh dibawa balik.

Ustaz Sulaiman juga menyatakan bahawa, pihak kedutaan Malaysia di Jordan dan MSD sentiasa menyokong perjuangan pembebasan Palestin. Mereka memastikan bahawa saluran yang daiambil adalah saluran antarabangsa. Ustaz Sulaiman menyatakan bahawa, kedutaan Malaysia di Jordan telah banyak berusaha. Akhirnya menyebabkan semua urusan pembebasan menjadi pantas dan mudah.

Ketika mendapat berita tawanan hendak dibebaskan, semua pegawai telah menanti di sempadan, hatta Datuk Duta juga menunggu. Menunggu selama sehari lebih kerana disangkanya dibebaskan lebih awal, tetapi agak lewat juga dari jangkaan. Perdana Menteeri juga menunjukkan keprihatinan dengan mengarahkan Menteri Luar Negeri untuk terus datang ke Jordan walaupun belum pulang dari Malaysia untuk memastikan rakyat Malaysia dalam keadaan selamat.

Usaha diplomasi dimainkan oleh pihak Malaysia melalui PBB adalah amat penting dalam membantu Palestin. Melalui saluran ini, sering diusahakan untuk mengembalikan hak rakyat Palestin. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jordan dirapatkan lagi agar memudahkan urusan bantuan kepada Palestin.

Sempat juga Ustaz Sulaiman menceritakan bahawa bahawa warga Irbid sangat prihatin akan isu Palestin. Ketika peristiwa penyerangan ke atas Gaza di akhir tahun 2008, bantuan telah diusahakan dan telah diberikan kepada pihak Jordan River. Tetapi bantuan itu telah ditahan oleh Israel dan dibuang begitu sahaja.

Mengikut kata-kata Ustaz Sulaiman, kerajaan Jordan juga hakikatnya sangat perihatin kepada rakyat Palestin. Pembebasan orang Malaysia dan Indonesia adalah arahan Raja Malik Abdullah itu sendiri.

Ketikam ini, Pengerusi Majlis, Azlan Shah menyatakan bahawa pelajar-pelajar Irbid telah berjaya mengumpulkan 5,800JD untuk LL4G dalam program 10JD Dari Irbid untuk Gaza.

Penutup: Penggulungan oleh Dr Syed Muhammad Halim.

Sebagai penamat program, Dr Syed Muhammad Halim melakukan penggulungan.

Beliau menyoal: Apakah tindakan kita? Beliau menyatakan bahawa realiti sebenaryahudi adalah musuh paling keras. Beliau menyatakan bahawa di Jordan, tenang. Tenang dalam erti kata tak kisah, walaupun negara di sebelahnya menderita.

Dr Syed Muhammad Halim menyatakan betapa Allah akan tanya kepada kita nanti apakah tindakan kita? Maka Sejauh mana keprihatinan kita merasai keperitan saudara di Gaza. Bayangkan jika semua yang berlaku ke atas rakyat Gaza itu berlaku ke atas keluarga kita sendiri? Allah akan tanya nanti di akhirat apa kemampuan kita? Allah akan hitung. Kalau benar kita rasa Israel itu musuh kita, maka apa tindakan kita? Allah akan tanya semua itu.

Di manakah tindakan kita? Itu persoalan yang besar, yang peerlu kita perhatikan.

Mengikut Dr Syed Muhammad Halim, dia menyatakan bahawa, jika tiada pengorbanan, tidak mampu bertindak, maka hakikatnya keimanan kita adalah mandul. Kalau kita tak mampu nak tinggal benda-benda yang Allah larang, maka Allah tak benarkan kemenangan. Maka apa daripada jahiliyyah yang kita telah korbankan?

Dr Syed Muhammad Halim menyatakan bahawa kemaksiatan membuatkan Allah menahan kemenangan.

Kejayaan hakikatnya adalah apabila kita mampu membuka mata hati kita dan mampu membuatkan kita bergerak untuk berubah. Bukan sahaja untuk Palestin, tetapi untuk hubungan kita dengan Allah SWT.

Beliau menutup dengan hadith:

“Sesiapa yang tidak emngambil tahu urusan orang mukmin, maka ia bukan dari golongan mereka” Hadith.

Beliau mengakhiri majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Itulah dia perkongsian dengan relawan LL4G.

Semoga anda semua berjaya mendapat manfaat, dan bergerak ke arah perubahan, melancarkan PERANG NAFAS PANJANG dalam kehidupan kita ke atas jahiliyyah yang wujud baik dalam kehidupan kita mahupun dalam kehidupan orang lain.

Allahuakbar!

Apakah kita benar hendak mencontohi mereka? Buktikan dengan amalan!

Apakah kita benar hendak mencontohi mereka? Buktikan dengan amalan!


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
MARKETPLACE

Rahsia Air Mata Khusyuk

Abu yazid Thaifur bin Isa bin Surusyan al0Busthami lahir di bustham, yang terletak dibahagian timur laut parsi. Datuknya adalah penganut Zoroaster.Abu yazid meningal di Bustham pada thn 261H/874M, makamnya masih wujud sehingga kini (Farihuddin al-Attar, warisan Auliya', 1983)

Dlm sejarah para sufi, Abu yazid terkenal sebagai hamba allah yg mencapai darjat wali. Ini kerana allah sendiri mengangkatnya ke pangkuanya. Dari perspektif tasawuf, memang ada insan yg diangkat sendiri oleh allah bagi mencapai darjat itu. Ada pula yg mencapai darjat itu atas sebab usaha merekan sendiri. Walaupun destinasi sama, namum adalah menarik bagi kita mengambil pengajaran dari kisah hamba Allah seperti Abu yazid.

Dalam buku Perdebatan Langit dan Bumi (wawan susetya, 2007). diceritakan suatu malam seperti biasa, Abu Yazid mengerjakan solat malam supaya sentiasa dekat dengan allah. Namun begitu, malam itu terasa aneh baginya kerana dia tidak merasai kenikmatan dalam solatnya.Abu yazid bingung, Apakah yg menyebabkan nya tidak khusyuk seperti biasa?

Dia lantas berhenti solat dan mencari sebab dia tidak khusyuk. Kemudian dia mengambil tindakan, iaitu setiap benda yang dimilikinya dinilai, adakah ia tidak bermanfaat?


Namun, dia tidak menemui mudarat pada sebarang harta bendanya.
Ini kerana dalam fikirannya, semua benda yang ada dirumah masih ada faedahnya bagi diri, keluarga dan para muridnya. Disebabkan dia berasa, masih belum menemukan jawapannya , dia kemudiannya memangil para muridnya yg tinggal dirumahnya.


"wahai murid2 ku tolong cari barang berharga yg ada dalam rumah ini. Mungkin barang itub tidak lagi bermanfaat disini, tetapi bermanfaat bagi mereka yg memerlukannya. "

"baik syeikh, jawap muridnya."


Para muridnya segera mencari, setelah puas mencari seorang muridnya menjumpai setengah gugus anggur merah dibalik pintu belakang rumah Abu yazid. Pada mulanya muridnya itu agak ragu2 dengan barang tersebut, tetapi setelah memberitahu pada Abu yazid, maka benarlah, kerana anggur tersebutlah Abu yazid tidak khusyuk dalam solatnya.

Abu yazid sangat gembira kerana muridnya berjaya menjumpai punca beliau tidak khusyuk. kemudia Abu yazid pun menyuruh anak muridnya sedekahkan anggur itu kepada fakir miskin. katanya "ketahuilah rumahku ini bukan kedai buah-buahan"

Setelah itu Abu yazid menyambung kembali solat malamnya dengan penuh khusyuk.

Cuba bandingkan antara setengah gugur anggur merah yg menyebabkan solat Abu yazid tidak khusyuk dan harta hasil rasuah dan barangan mewah yg berlebihan didalam rumah kita.

Sebenarnya, solat malam yg dilaksanakan Abu yazid adalah wadah bagi mendekatkan diri kepadanya. Ia berperanan sebagai ibadah tambahan, sebagaimana penjelasan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud " bagunlah pada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."

Petikan kisah di dalam buku "Rahsia Air Mata Khusyuk"

Friday, June 4, 2010

Antara Penipuan Israel berkenaan Freedom Flotilla

Petikan dari email sahabat (rayna_1005@yahoo.com)

Assalamualaikum wbt.

Hidup2, hidup islam, hancur2, hancur kezaliman
Hidup2, hidup islam, hancur2, hancur yahudi

Saya, Akmal Amri, layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini

Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan.

Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA





Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi.

Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja.

*******

Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil.







Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil







Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spray, tapi bukti itu bukannya bertarikh tahun 2010...







Satu lagi gambar senjata Pepper Spray yang bertarikh 2003, tapi dikaitkan dengan Flotilla yang diadakan pada 2010







Ini pula gambar pemotong besi yang bertarikh 2006, tapi telah diedit menjadi 2010, seolah-olah ianya wujud di atas Flotilla. Hebat Israel ni!







Kebodohan Israel dalam menipu dunia juga tidak terhenti di situ. Ini pula gambar Night Vision yang sibuk diwar-warkan dibawa oleh Flotilla, kononnya untuk Hamas.

Yang anehnya, gambar ini bertarikh 2006.









Kepada yang ingin memeriksa keshahihan emel ini, sila layari halaman Flickr Israel Ministry of Foreign Affairs di SINI

Semoga bermanfaat.

Yang benar,

Mohd Akmal bin Amri
BSc Accounting and Finance
University of Warwick, UK

p/s: saya cari sendiri semua gambar ni setelah mendapat hint daripada website ini, maka emel ini bukanlah dipanjangkan secara membuta tuli tanpa usul periksa. Sila semak website Flickr IsraelMFA untuk pengesahan

Thursday, June 3, 2010

Just draft..no title yet

1. Al ananah-banyak keluh kesah,banyak mengadu, banyak komplian, banyak cakap,
2. Al-mananah- suka mengungkit
3. Al-unanah-org yg teringin kepada org lain, tu
4. Al-udaqoh- nak sesuatu paksa sampai dapat
5. Al- uraqoh- bersolet siang malam
6. Al-salaqoh- banyak bercakap, sambil cakap sambil gelak

Wednesday, June 2, 2010

Kajian Bebas

Ujian fuel consumption at my car (saga 1.5cc made on 1992)

case 1: RPM 4000 rev per min (130KM/H) fuel is RM 10 for 75km
case 2: RPM 2000-3000 rev per min (100km/H) fuel is RM 10 for 95km

expalianation:
for case 1: putaran engine kereta selaju 400 putaran seminit,dan kelajuan kereta dalam 130 km/h dengan pengunaan RM10 minyak, kereta boleh pergi sejauh 75km sahaja, aku buat ujian ni masa nak pi hantar adik aku ke matrik ARAU. Gembira rasanya rayaun matrik yg aku buat berjaya, masa isi rayuan aritu memang pasrah dah dan tak berharap dapat pn..misi sekarang tengah tgu rayaun maktab perguruan pulak.. aku buat rayuan juga, tulis surat kepada muhyidin yassin (TPM merangkap menteri pelajaran).. Dapat feed back kata borang telah diforward to bahagian maktab.. Klu dapat n lulus temuduga, mean sekali lagi aku journey p mn tak tau lg..

kadang2 aku tergelak sendiri, dah dua kali orang kata adik aku tu anak aku..huhu..muda2 dah jadi bapa, tua sangat ke rupa aku??hehe, kes pertama semasa hantar ke form 6: ade ke cikgu dia tanya aku, anak ke ni bang?? nampak gaya umur aku lagi muda dari dia, tapi macam mana tah dgn spontan je dia sebut perkataan tu ( anak ke bang??)

second case masa di matrik ARAU, time aku nk tukarkan kelas adik aku bagi sama kelas dengan member sek dia. Ya la dia tak ada basic akaun, so aku harap bila dapat kelas sama dengan kawan sek dia, senang nk buat discussion. Masa kerani tu call pegawai yang berkenaan dia kata seorang bapa student (aku la tu) ni nak minta tukar kelas anak dia... (Bila aku kawen tah??)

Aku pn tak tau macam mana depa blh pangil aku ayah kepada adik aku, mungkin kerana peranan yang aku mainkan dalam keluarga aku tak tumpah seperti ayah, maklumlah muda2 lagi aku perlu mengantikan tempat sebagai ketua keluarga, walaupun not the actual family leader (bukan ketua keluarga kepada anak2 dan isteri)...

Aku harap ade hikmah dia atas setiap kejadian yang berlaku. Aku mengharapkan ini sebagai latihan kepada aku supaya aku akan menjadi suami yang bertanggujawap dan soleh..(insyallah bila ada jodoh nanti)…

Berbalik kepada kes kajian berkaitan fuel comsumption tadi, for case 2, I drive from tikam batu to kampus (usm). Speed within 100- 110 km/h with engine revolution 2500-3000 RPM..Kadar pengunaan minyak adalah sebanyak RM 10 untuk perjalanan 95 km.. Kesimpulan dari kajian ini menunjukan kelajuan kereta serta speed engine menpengaruhi kadar pengunaan minyak kereta.. Semakin tinggi speed semakin banyak pengunaan minyak.

Tujuan aku lakukan kajian ini adalah kerana aku ingin mengunakan fuel saver, so before install the product we need to investigate the car performance, so from that we can know how effective the device. Biasanya kereta lama ni kadar pengunaan minyaknya adalah banyak compare dengan kereta model terbaru kerana teknologi lama, dan ura2 berkenaan kenaikan harga minyak akan berlaku hujung tahun ini, jadi lebih baik aku sediakan payung b4 hujan.. Aku planning akan guna kereta ini dalam jangka masa yang lama sehingga ekonomi aku benar2 stabil, lagi pun aku rasa condition kereta aku ni masih ok, ramai yang kata engine kete aku still ok, walaupun kereta second hand..

Actually dengan elaun master aku tu aku mampu untuk membeli kereta baru, tapi disebabkan prinsip aku yang tidak suka berhutang.. aku rasa better aku beli kereta second hand je.. Banyak benda lagi yang aku planning untuk masa depan aku, kumpul duit untuk kawen, nak beli rumah, peralatan dalam rumah, semua ini memerlukan perancangan kewangan yang baik.. Lagi pun aku takut hutang2 aku tu nanti (kalau beli kete baru la) akan menjadi beban kepada family aku jika aku dijemput pulang lebih awal (paham2 je la).. Bukakah apabila seseorang itu berada dalam hutang segala amal kebajikannya akan tergantung antara langit dan bumi ( kalau hutang rumah n kereta aku tidak pasti, rujuk balik dengan ustaz).. memang tidak dapat dinafikan kebanyakan orang akan terlibat dengan hutang, sama ada hutang beli kereta, rumah, dan lain2 barangan, situasai dan keadaan semasa memerlukan kita berhutang, nak belajar pun terpaksa berhutang dengan PTPTN, aku rasa sangat bersyukur kerana aku dapat JPA masa undergrade dulu, terlepas lagi satu bebanan hutang.. Alhamdullilah stakat ini aku tidak terlibat dengan hutang kepada mana2 pihak, maybe masa nak beli rumah nanti je aku kena buat pinjaman, tapi aku ada simpan cita2 nak beli rumah cash, huhu susah nak buat tu..

Wallahualam, segala yang baik ambil sebagai ilmu dan pengajaran, yang buruk dijadikan pedoman dan iktibar, yang tidak pasti dan konfius boleh bertanya pada yang ahli akan hal tersebut.. andai ada tersalah maklumat minta teguran..

Ya allah aku berlindung kepadamu dari sedih dan berduka cita,
Aku berlindung kepadamu dari sifat lemah dan malas, dari sifat alpha dan putus asa,
Penakut dan bakhil, hasat dan dengki, kianat dan takabur, dan dari segala sifat keji yang engkau tidak redhai
Aku berlindung kepadamu dari bebanan hutang, tekanan perasaan dan tekanan dari orang lain
( Doa yang di ajar oleh nabi kepada seorang sahabat)

Aku Hanyalah Seorang Hamba

Credit to Fariz Mat Rahim (bos kawe)

salam.sekadar perkongsian

Assalamu'alaikum wrh.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? "

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah.. . mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."