sabda rasullulah:
"Jika kamu mahukan dunia kamu perlu ilmu, jika kamu mahukan akhirat kamu perlukan ilmu, jika kamu mahu kedua2nya kamu juga perlukan ilmu".
Alhamdullilah pagi ini suatu pagi yg tenang, aku dapat merasakan allah telah kurniakan kepada aku apa yang aku perlukan buat masa ini, aku tahu banyak lagi yang aku perlukan. ILmu ini lagi dicari lagi kita rasa tidak cukup, berpeganglah pada konsep ini wahai penuntut ilmu agar kita mendapat dunia juga akhirat.. tapi perlu di ingati, jika kita nak buat roti canai kita kena belajar ilmu roti canai, jika kita menuntut ilmu teh tarik masakan teh tarik boleh menjadi roti canai, oleh itu tuntut lah kedua2 ilmu agar kita beroleh dunia juga akhirat, dan perlu diingati juga ilmu ini bukan semestinya dituntu secara formal, sebagai contohnya jika kita boleh memperolehi ilmu dikedai kopi hasil borak2 kosong yang ade terselik sedikit unsur2 ilmu yang bermanafaat itu sudah dikira menuntut ilmu jika kita mengambil iktibar (pengajaran dari ilmu itu). Kesimpulanya tuntut ilmu itu boleh dimana2, nabi pernah bersabda, ilmu itu ibarat mutiara yang berterabur ditepian perjalanan dan manusia itu ibarat seseorang yg bermusafir, oleh itu kutiplah mutiara2 tersebut dimana sahaja kamu menjumpainya.
Perbincangan dengan ustaz latifi sebentar tadi banyak menghilangkan kerungsingan aku selama ini. Panjang kami berdiskusi, dari soal bidaah, soal jawap fiqh nya, dari soal buat masternya. Aku dapat merasakan penjelasan ustaz dapat menghilangkan kekeliruan yang aku alami sebelum ini. Soalan berkenaan bidaah ini merupakan satu perkara besar yang sedang melanda negara kita, sebenarnya bidaah bukan terbahagi kepada dua, ia sebenarnya satu sahaja, dan bidaah ini adalah sesat. Ramai yang silap mentafsirkan apa yang nabi maksudkan dengan bidaah tersebut, sebenarnya segala amalan yang tidak bertentangan dengan al-quran dan sunnah bukan bidaah, ulang suara bukan bidaah ini semua adalah amal ibadah yang jika ikhlas dan niat itu kerana allah, maka pahala lah ganjarannya. Sebagai contohnya, amalan membaca yassin khamis malam jumaat, wirit secara kuat (nada yang dapat didengari oleh orang lain), dan semua amalan2 yang berlandaskan al-quran dan tidak bertentangan dengan al-quran yang nabi tidak perlah lakukan adalah sunat, ulang suara sunat bukan bidaah, ulang suara bukan bidaah.
Macam mana yang baru dikatakan bidaah???
1. Solat subuh dua rakaat, jika kamu solat subuh sebanyak tiga rakaat- ini bidaah
2. Hukum bersanding (ini kena merujuk pada yang pakar, jangan terima bulat2 apa yang aku tulis, filter dengan hati nurani yang suci, jika yakin benar ambil jika tidak yakin siasat, jika tidak tinggalkan)
3. amalan2 kepercayaan pingan pecah ada musibah, gatal tangan nak dapat duit, rama2 masuk rumah nak ada orang nk datang, bersin or batuk2 ada orang sebut nama (ini xsure, siasat)..macam2 lagilah kepercayaan karut orang melayu ini.
4. dari contoh2 dia atas anda nilai sendiri lah apa lagi amalan2 bidaah
Pesanan kepada yang membaca, Ambil yang baik tinggal yang buruk apa yang aku katakan, jika ragu2 bertanyalah pada yang ahli (yang arif berkenann bidang tersebut). Kerana aku manusia yang tidak dapat lari dari kesilapan..
Pengajaran dari kisah ini adalah, benar kata-kata rasullulah, jika kamu nk dunia dan akhirat tuntutlah ilmu, dan ilmu itu mestilah sesuai dengan apa yang kita kehendaki, dan ilmu itu ada dimana2,pada pak guard juga ada ilmu, pada macik cleaner, pada engineer, pada siapa2 sahaja jika kamu mengambil pengajaran dari apa yang kamu dengar, lihat, rasa, fikirkan dan sebagainya..
peringatan buat diri ini, agar tidak lalai dari mengigati allah,
aku menharapkan apa yang aku tulis ini menjadi peringatan kepada diriku sendiri dimasa aku lalai.. Siapa yang boleh menjamin dirinya berada dalam keadaan baik selamanya??
banyak kisah berkenaan orang yang kuat beribadah akhirnya masuk kedalam neraka, nk tau tanya ustaz, aku pn dah lupa citer2 tu..Ingatlah sahabat2 ku sekalian, dalam sekelip mata sahaja allah dapat terpalikkan(mengubah) hati kita, dari kejahatan kepada kebaikan atau sebaliknya.. oleh itu jangan merasa diri itu telah sempurna , diri itu bagus, diri itu segalanya lah yang baik2.. tetapi selalulah pesan pada diri, agar kita sentiasa berada dalam keadaan hari ini lebih baik dari hari semalam moga esok akan lebih baik dari hari ini.
Dibuka kepada perbincangan kepada mana2 individu yang nak berkongsi ilmu, tidak kurang ilmu kamu jika disampaikan kepada orang lain..
Juga tidak dilupkan pada seseorang yang menjadi asbab (penyebab berlakunya reformasi dalam diri ini)..Thank
Friday, May 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment