Sunday, March 21, 2010

Menjangkaui Sempadan diri

Selagi sempadan diri masih ada kita tidak munkin dapat menyerlahkan kehebatan kita kearah yang benar2 hebat, benar2 cemerlang. Semua org mempunyai sempadan diri yg dibentuk oleh individu itu sendiri, pendidik, persekitaran, budaya dan masyarakat, yang mana sempadan ini menyebabkan kita susah untuk berjaya.Oleh itu kita perlu memecahkan sempadan diri yg mengokong or mengekang kehebatan diri kita ini.

Jadi langkah pertama untuk berubah, kita kena menerima hakikikat yg kita ini mempunyai masalah dan ade perkara2 yg perlu kita atasi bagi memenuhi matlamat hidup kita.Dibawah adalah halangan2 yg mengagalkan kita menerobosi sempadan diri

Yg pertamanya: Kita dididik untuk menjadi serdehana, ramai yg malu mengaku diri cemerlang, takut nanti org kutuk, rasa takabur nk mengaku kita cemerlang. Jadi kita kena program minda kita supaya kita ini hebat, yakin kan diri kita yg kita ini hebat, bukan untuk takabur tapi untuk menerobosi sempadan diri yg hanya allah sahaja tahu sempadan kita.

Yg seterusnya: Takut untuk dikritik, dan kesanya adalah kita enggan untuk mencuba, takut untuk berubah, takut untuk menginovasi, tidak mahu mencuba cara baru, perndekatan baru walhal kita sepatut mengangap org yg mengkritik kita adalah guru dan org yg memuji kita adalah musuh kita (peribahasa Cina): Rasullulah pernah bersabda org yg cemerlang besyurkur apabila dikritik dan beristifar bila dipuji. Jadi kita perlu menerima kritikan dgn hati yg terbuka, dan minta utk dikritik agar sempadan diri dapat diterobosi.

Ketiga: Takut untuk gagal(aku sendiri ada masalah ini. Oleh kerana takut gagal kita enggan mencuba, takut untuk menginovasi, takut berbeza pendapat atau berbeza pendekatan daripada org lain, kita nk ikut apa yg org lain telah buat. ini kerana kebanyakan org bertindak secara berserdehana, jika kita mengikut org yg serdehana kita juga akan jadi serdehana, masakan besi yg bengkok dpt hasilkan bayang2 yg lurus (betul ke bidalan ni dgn kes ni). Tapi klu kita cuba cara baru yg org lain blm cuba yg lebih baik dari org lain, dgn doa, dgn tawakal insyallah kita akan mencapai kejayaan yg lebih cemerlang.

Keempat, matlamat yg kabur, kurang jelas. Untuk lebih berjaya kita perlu meletakkan matlamat yg lebih jelas dalam kepala kita. Setiap matlamat yg jelas ada gambaran dalam kepala kita (specific the time, planning, action). Yg kita bentuk dgn jelas itu adalah doa,doa kita jelas allah mudah perkenankan. itu sebab gambaran dalam minda (kata pakar psychology)semakin jelas gambaran dlm kepala kita semakin kuat lah kesan kepada pencapain matlamat. Malahan gambaran dalam minda lebih 10 kali lebih kuat dari azam yg dibentuk.

Kelima, kita jahil, banyak kejahilan. Untuk menerobosi sempadan diri kita perlu perbanyakan ilmu, bukan sahaja ilmu keduniaan (actually semua ilmu adalah ilmu yang bermanafaat). Cerdik pandai mendefinisi ilmu adalah yang membawa kita kepada ketakwaan kepada allah, sekiranya ilmu tersebut tidak membawa kearah itu maka ia hanya dianggap sebagai maklumat (wallahualam, bukanlah org yg arif untuk menghuraikan dgn lebih terperinci).

Keenam,kekurangan sumber, semua org perlukan bantuan dari org lain dan dia juga perlu bantu org lain,Banyak kaedah untuk mengatasi kekurangan sumber, bentuk jaringan,cari kawan yg dpt menbantu sebarang kekurang kita.

Ketujuh, bodoh sombong (x tahu xnk tanya). Bagiamana kita nak terobosi sempadan diri jika kita tidak tahu tapi tak mahu bertanya. Faktor ini juga berkaitan dengan faktor kedua, kritikan perlu bagi mengetahui kekurangan diri dan kelemahan diri. Kita kena redho bila dikritik, bentuk sifat qanaah (rendah diri) dalam diri agar kita dapat menerima kritikan yang dapat membantu memperbaiki kelemahan diri.

Kelapan, tidak satu hati, pentingkan diri sendiri, kadang2 kita malu tegur org takut tegur org takut,dengan sentiasa bertegur sapa kita dapat membentuk jaringan persahabatan dan membentuk keutuhan ukhwah dan jaringan persahabatan (networking- bisness term).Pembentukan persaudaraan atau ukhwah ini penting agar kita mendapat pertolongan allah, ini kerana allah tidak tolong kumpulan yang berpecah belah.

Kesembilan, mudah patah semangat,kecewa sikit patah semangat. Ingat syaitan tidak pernah patah semangat dan dia gembira bila manusia patah semangat. Untuk melawan semangat syaitan jangan mudah patah semangat, tingkatkan aras advertiticosion (kemampuan kita menerima ujian allah), kita kena banyak redho, kuatkan semangat, segala ujian allah banyak tersembunyi hikmah yang amat besar. Allah bila sayang akan hamba nya, hamba itu akan di uji supaya allah dapat mendengar rintihan, kerendahan dirinya dan doa hambanya.

kesepuluh, Ingin cepat dapat hasil, kadang2 ambil shortut mudah kena tipu, skim cepat kaya dan macam2 lagi jalan pintas. Realiti hidup ini kita kena buat kerja tahap demi tahap, kejayaan yg sebenar bukan mudah tiada jalan pintas untuk mengecapi kejayaan.Analogi bagaimana berlian yang hebat itu terbentuk daripada mendapan karbon yang terenap dalam bumi berjuta2 tahaun baru terbentuknya ia. Ertinya setiap kejayaan yang hebat perlu dilakukan step bye step.

Kesebelas, ramai manusia yg tidak mendapat kecemerlangan kerana ingkar perintah allah. jadi untuk cemerlang kita perlu bentuk ketakwaan yang hakiki dan jangan ingkar perintah allah, allah itu 3 haknya 1. patuh perintahnya, 2. tinggal segala larangannya, 3. redho dengan ketentuanya.

Keduabelas, kita kurang berdoa, allah benci orang yang kurang berdoa kerana sabda nabi: orang yg sombong ialah orang yg kuranag berdoa.



ade sambungannya: x smpt tulis..tggu episod seterusnya

No comments:

Post a Comment